Sabtu, 11 Disember 2010

KISAH SULTAN AL-FATEH

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.


PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLe
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.


Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.



Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.


Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.



SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Kuasa Kepemimpinan Al Fateh (IQ-EQ-SQ)

Khamis, 26 Ogos 2010

Khamis, 17 Disember 2009

hijab n sains

Hijab dan Sains
Semenjak dahulu lagi hijab dikenakan dalam syariat Kristian dan lain-lain syariat.Namun walaupun penafian terhadap hijab ini amat hebat ia tetap menepati ciri fitrah manusia yang semulajadi membantu dalam gejala sosial, akhlaq dan kesihatan.

Kesihatan? Ya, hijab punya nilai tambah dalam soal kesihatan badan. Ini dilaporkan dalam artikel The Science Behind The Veil di IslamOnline.net tulisan Karima Burns yang mengatakan:
Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108? Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak.
Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa :

Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105? Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Jesteru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas.
Ya melihatkan fesyen pada baju kini kebanyakannya ditambahkan sekali penutup kepala contohnya baju sejuk tebal yang berfungsi mengawal suhu badan dan mengelak kehilangan haba badan serta kelupasan kulit. Ini adalah sebenarnya melihatkan faktor cuaca. Namun Muslim bukan memakai sesuatu pakaian disebabkan faktor cuaca tetapi adalah perintah Allah yang menuntut Muslim itu menutup auratnya.

cerita pengemis dan isteri yang cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu,datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''

Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata

''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' '

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang :

 ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA
DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN
DAN KEBAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA

Isnin, 19 Oktober 2009

PERGINYA INSAN TERSAYANG..

assalamualaikum..

sudah agak lama menyepi dari menulis di blog sejak bermulanya ramadhan..Insyaallah selepas ini saya akan cuba juga utk menulis..

Baru2 ini jumaat lepas datuk saya baru pulang menemui Ilahi pada jam 10 malam setelah lebih kurang 2 tahun menderita sakit tua.Moga dirinya ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh.Pemergiaanya meninggalkan kesan bagi diriku berikutan selepas itu makcik saudara saya dibedah lagi kerana kansernya menyebabkan makcik menghidap paru2 berair..Badannya semakin lemah.Semalam diriku baru sahaja melawatnya.Sempat lagi makcik membekalkan 2 box kuih raya kepadaku..Selepas itu diriku pergi seketika menemui sahabatku di hentian putra sehingga jam 11 malam baru balik ke uia ditemani adik kesayanganku..

Moga perjalanan hidupku berjalan lancar..Moga makcikku cepat sembuh dan kurang sakitnya.Moga datukku ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh..Moga semua ahli keluargaku terus tabah menghadapi dugaan..Insyaallah disebalik setiap kejadiaan itu pasti ada hikmahnya

Selasa, 11 Ogos 2009

kesuburan wanita turun kerana lambat kahwin

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kadar kesuburan di negara ini turun daripada nisbah 2.8 anak bagi seorang wanita pada tahun 2000 kepada 2.2 anak pada tahun 2008.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, penurunan itu disebabkan kelewatan perkahwinan dan ada pasangan yang terikat dalam pasaran pekerjaan.Bagaimanapun, katanya, jumlah penduduk Malaysia kini meningkat daripada 23.3 juta pada tahun 2000 kepada hampir 28 juta pada 2008.''Malaysia kini menuju ke arah penuaan penduduk kerana warga emas yang berumur 60 tahun ke atas meningkat kepada 6.8 peratus daripada jumlah penduduk berbanding dengan 6.2 peratus pada tahun 2000.''Negara juga di pertengahan fasa kedua memperlihat penurunan kesuburan dan kematian. Kesannya, nisbah penduduk dalam umur produktif dan bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun, meningkat kepada 59.6 peratus daripada jumlah penduduk pada tahun 1991 kepada 63.5 peratus pada tahun 2008,'' katanya.Beliau berucap demikian pada ketika merasmikan Persidangan Kependudukan dan Pembangunan 2009 anjuran Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini hari ini.Turut hadir timbalannya, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman.Tambah Shahrizat, golongan warga emas dianggar akan bertambah kepada 2.2 juta pada tahun 2020 iaitu peningkatan kira-kira 83,000 warga emas setahun.''Setiap warga emas yang bersara pada umur 55 atau 58 tahun hari ini, masih mampu untuk menyumbang secara produktif kepada negara.''Kajian menunjukkan negara boleh tingkatkan jumlah penduduk berumur antara 20 hingga 30 tahun iaitu golongan muda yang memasuki pasaran pekerjaan. Ini bagi mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020,'' katanya.Dalam pada itu, Aminah berkata, persidangan dua hari itu membantu mengenal pasti dan membincang isu dan cabaran bagi memantapkan pelaksanaan program dan aktiviti kependudukan negara di masa hadapan.''Persidangan tiga sidang pleno dan tiga meja bulat serentak itu juga akan membincangkan kejayaan negara dalam pelaksanaan Program Tindakan Kependudukan dan Pembangunan yang dicapai di Kaherah pada 1994.''Pakar-pakar kependudukan dari dalam dan luar negara, perancang jabatan atau agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan antarabangsa akan membentang kertas kerja di persidangan tersebut,'' katanya.Menurutnya, syor-syor persidangan akan dijadikan sebagai input Kajian Pelan Strategik Kependudukan yang sedang dijalankan LPPKN.''Seramai 250 peserta terdiri daripada penggubal dasar, pegawai kerajaan, ahli akademik, sektor swasta, NGO dan penuntut institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah turut menghadirinya,'' jelasnya.Dipetik dari Utusan Malaysia Online, 11 Ogos 2009

Sabtu, 8 Ogos 2009

keajaiban sujud dalam solat


Pada akhir zaman ini, Allah SWT telah membuka rahasianya tentang manfaat semua perintahnya kepada manusia. Pada masa Rasulullah masih hidup semua sahabat selalu berkata kepada Rasul “Samina wa atona” SAYA DENGAR DAN SAYA PATUH, sehingga mereka benar-benar orang Shaleh. Namun pada masa sekarang semua harus berdasarkan ilmiah, maka sebelum Allah datangkan kiamat, Allah tunjukkan kepada manusia manfaat besar dari semua perintahnya, salah satunya adalah Sujud dalam Shalat.


Di dalam otak manusia, terdapat urat saraf yang tidak dialiri oleh darah. Darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut sujud dalam shalat. Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Ini artinya darah akan memasuki bagian urat tersebut mengikut kadar waktu shalat yang diwajibkan oleh Islam.

Pada saat sujud, pembuluh darah nadi balik, dikunci di pangkal paha, sehingga tekanan darah akan lebih banyak dialirkan kembali ke jantung dan dipompa ke kepala. Posisi sujud adalah cara yang maksimal untuk mengalirkan darah dan oksigen ke otak dan anggota tubuh ke kepala. Posisi sujud adalah teknik terbaik untuk membongkar sumbatan pembuluh darah jantung sehingga mencegah penyakit jantung koroner, juga membuat pembuluh darah halus di otak mendapat tekanan lebih, sehingga boleh mencegah stroke.


Aliran getah bening dipompa ke bagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya oksigen mampu Mengalir secara maksimum ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya pikir seseorang. Karena itu, lakukan sujud dengan tuma’ninah, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi memasuki bahagian otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan wasir.


Khusus bagi wanita, baik rukuk maupun sujud memiliki manfaat yang luar biasa bagi kesuburan dan kesehatan organ kewanitaan.sujud dan tumaninah dapat meningkatkan kecerdasan.

Berikut manfaat lain dari Sujud dalam Shalat:
- memperbaiki posisi pinggang.
- memperbaiki posisi bayi dalam rahim.
- melegakan sakit hernia.
- mengurangi sakit saat haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangi rasa sakit pada penderita apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk mengistirahatkan dan mengimbangkan
bagian belakang tubuh.
- meringankan bagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- pergerakan otot lebih kuat dan elastis,secara otomatis memastikan kelancaran perjalanan.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangi kegemukan.
- pergerakan bagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar sakit perut (convulsions) .
- organ terpenting yaitu otak manusia menerima banyak darah dan oksigen.
- Dari segi psikologi, sujud membuat kita merasa rendah diri dihadap Sang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, ria, takabur dan sebagainya, sehingga terhindar dari Stress.
- Dari segi Kesehatan, Sujud yang lama akan menambah kekuatan aliran darah ke otak untuk mengobati pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan kecerdasan sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Khamis, 30 Julai 2009

Bermulanya pertempuran asignment!!

alhamdulillah perjalanan hari ini berjalan lancar..kini dalam proses untuk mencari bahan2 assignment bagi topic mahayana ethic,subjek development,the problem of converted aborigine and kerja rumah philosophy..Kena mencari hujah2 untuk membuktikan kewujudan tuhan..ini kata2 lecturerku.."gimme proof that GOD is exist..give ur systematic argumentation..Iwill look for it..imagine that u will be facing people whose do not belief the existence of God.." kini dalam otakku hanya terfikir 3 cara selain revelation :

1) ontological
2) first cause
3) telelogical

emm..semua ini kena dibuktikan secara logik..kena fikir idea2 yang kreatif untuk jawab..sudah pastinya aku kena bercakap untuk melontarkan hujah2 didalam kelas..ini adalah subjek philosophy yang terakhir..jadi aku mahu buat yang terbaik..subjek philosophy adalah subjek yang memeningkan kepalaku..terutama bila belajar philosophy of chinese and hindhu dalam SOR 2 (study of religion2)dulu..waa..waa..lagi susah..pening2..Tapi best sebab ianya boleh menjana otakku untuk lebih kuat berfikir..philosophy dalam ajaran hindhu and budha agak memeningkan kepala sebabnya konsep yang diorang wat amat mengelirukan dan tidak jelas.even orang hindhu dan budha sendiri tiada jawapan..sangat complicated..melalui subjek dalam SOR2 dahulu kita dapat memahami mengapa sesentengah penganut ajaran hindhu dan budha bersifat dan mempunyai pemikiran yang sedemikian..mengapa mereka melihat sesuatu dalam perspektif yang berlainan dari kita.SOR 2 antara subjek favouriteku..tq DR.Yamin kerana mengajar saya cara berfikir dan memberi tunjuk ajar dakwah kaum budha(especially my family.. )

Selasa, 28 Julai 2009

kelebihan solat tahajud

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

  1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
  2. Tanda berkat pada wajahnya
  3. Disukai oleh ramai manusia
  4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
  5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

  1. Wajahnya bercahaya
  2. Diringankan hisab
  3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
  4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan

"Ya Allah…ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu…"

Selasa, 21 Julai 2009

Mengapa Yahudi Maju dari kita??

Yahudi merupakan satu bangsa yang terkenal dan advance dari segi pengurusan,pendidikan,ekonomi dan lain2 pada alaf ini.Mereka merupakan etnik yang kecil bilangannya namun mampu untuk menguasai dunia.Singgapore merupakan antara negara penampan bagi yahudi.Sistem dan pengurusan mereka berkiblatkan cara yahudi.Bayangkan negara kecil seperti singgapore mampu menjadi pusat dagangan dunia.sistem trade dan market antarabangsa semuanya di buat di singgapore.Sebuah negara perindustrian.Sebenarnya jika kita mengkaji sejarah..singgapore ini merupakan perancangan halus dari british dan yahudi sejak sekian lama.Mereka merancang untuk menjadikan singgapore sebagai pengkalan mereka di Asia Tenggara.



Jadi saya sering terfikir2 sejak dahulu mengapa mereka lebih maju dari kita sekarang?Apa kunci kekuatan mereka?Mengapa kita tidak boleh menjadi sehebat zaman kegemilangan Islam dahulu..atau dikenali sebagai "THE GOLDEN AGE" .Melalui sedikit pembacaan saya yang ingin saya kongsi bersama pembaca sekalian mereka sebenarnya mempunyai perancangan yang sangat teliti untuk berjaya.Sejak sekelian lama mereka amat arif mereka tidak akan berjaya melalui peperangan fizikal untuk menakluki dunia...Jadi mereka menggunakan perancangan yang sangat halus iaitu perang pemikiran.Mengikut sejarah,sejak Salehuddin Al-Ayubi menakluki Baitul Maqdis pada 27 rejab(peristiwa israk mikraj).orang2 yahudi dan kristian mula untuk melancarkan peperangan secara pemikiran dan cara halus.Mengikut kata2 Zweimer (yahudi)pada muktamar mereka,Zweimer mendakwa bahawa mereka tidak akan menang dan menjatuhkan umat Islam melalui peperangan fizikal sampai bila2 kerana umat Islam rindukan mati Syahid tetapi mereka akan berjaya untuk menjatuhkan umat Islam melalui peperangan pemikiran dan cara halus..Jauhkan umat Islam dari QURAN dan SUNNAH!!!



Selain itu untuk berjaya mereka juga menpersiapkan bangsa mereka sendiri dengan kekuatan mental dan fizikal..Contohnya untuk menjadi bangsa yang berjaya memerlukan kekuatan intelektual dan profesional yang berkualiti.Jadi mereka mula merancang dengan rapi untuk memgeluarkan anak2 yang bijak dan berkualiti.Jika kita melihat ranking sekolah atau pusat asuhan kanak2 yang terbaik didunia..Tahukah anda ianya adalah milik orang yahudi untuk bangsa mereka??Mereka mempunyai sistem pendidikan yang terbaik,efisyen,bersistematik dan berlandaskan ideologi mereka..Mereka hanya memilih guru pengasuh yang amat berkualiti untuk mengasuh anak2 mereka.Semua guru ini mestilah mempunyai kemahiran didalam bidang psikologi kanak2,terlatih dengan baik,mahir dalam ideologi yahudi.Semenjak kecil mereka diasuh dan di brainwash dengan ideologi2 yahudi.Lagu,silibus,kokurikulum berdasarkan motivasi dan semangat keyahudiaan..Malah ibubapa kaum yahudi tidak perlu bimbang untuk meneruskan kerjaya mereka.Mereka saling bantu membantu untuk bangsa mereka.



Malah ketika anak2 mereka berada dibawah jagaan pusat asuhan ini semenjak kecil lagi anak2 mereka akan diberi kawalan yang sangat ketat dalam hal pemakanan.Mereka mempunyai nilai kod dan undang2 yang amat ketat dalam cara pengambilan makanan.Ini mungkin kesan dari undang2 mereka dalm 10 commandment.Jika kita teliti secara halus memang ada undang2 yang ketat dalam yahudi hanya dalam bab pemakanan.Malah dalam bab sembelihan pun mereka mesti ada sijil kursus.Sangat rigid.Pisau yang mereka gunakan dalam sembelihan amat2 tajam macam cara penyembelihan Islam.Malah jika diteliti cara pemakanan dikalangan rabbies(rahib2 yahudi)lagi dahsyat..sangat ketat.contohnya untuk setiap butir nasi atau kacang mereka kena menyebut nama tuhan atau kita kenali zikir.Malah jika hendak makan daging perlu rendamkan daging dalam air hingga hilang betul2 darah.pendek kata sampai putihlah daging tu..Mereka juga tidak memakan organ dalaman binatang.



Selain dari itu,mereka juga amat mementingkan keseimbangan fungsi otak dan IQ .Semenjak dahulu lagi mereka amat menitik beratkan amalan untuk menjaga kekuatan fizikal terutamanya otak.Amalan ini menjadi tradisi turun menurun bangsa yahudi.Contohnya mereka melatih anak2 semenjak dari kandungan lagi dari segi pemakanan dan aktiviti kecerdasan mental dan fizikal.Si ibu akan memilih aktiviti yang dapat menjana otak mereka contohnya aktiviti menyelesaikan masalah seperti matematik,bermain piano dan violin..Jika kita melihat kaedah permainan piano dan violin ianya memerlukan kecekapan otak kanan dan kiri.Piano contohnya,kita mesti cekap dalam pengiraan matematik untuk membaca not2 nya disamping kecekapan menggunakan tangan kanan dan kiri.saya juga ingin berkongsi cerita mengenai Albert Einstein yang terkenal dengan teori2 fizik dan matematiknya.Semenjak kecil Einstein amat terkenal dengan kelembapan otaknya.Ibunya memberi Einstein violin untuk melatih kedua2 fungsi otaknya sampailah dia menjadi seorang yang bijak dan seimbang fungsi otaknya..Malah Enstein mendapat ilham ketika bermain violinnya..(ketika fungsi otak kanan aktif).



Disini ingin saya kaitkan dengan kaedah yang islam ajar.Islam amat menggalakkan umatnya membaca dan menghafal Quran.Malah Islam juga mewajibkan umatnya melaksanakan solat fardhu dan amat menggalakkan umatnya melaksanakan solat sunat terutama solat tahajud.Apa kaitannya dengan kejayaan ye?Jika kita melihat fungsi solat ini adalah sebagai salah satu cara untuk menunjukkan ketaatan kita kepada Allah.Iman seseorang itu amat berkaitan dengan solat kerana solat adalah salah satu cara untuk menjaga hubungan kita dengan Allah.Solat juga adalah lambang ubudiyah dan cinta kita kepada Allah.Membezakan antara Islam dan Kafir..lambang ketundukan kita pada Allah.Malah dikatakan juga dalam Quran dalam surah al-mukminun:1-2.. "Sesunggguhnya beruntunglah orang2 yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya"...Kehebatan solat ini dirakamkan oleh Allah dalam Quran..sungguh beruntung orang beriman yang khusyuk dalam solatnya....Jika kita melihat dari sudut saintifiknya..solat ini memang terlalu banyak faedahnya dari sudut fizikal dan mentalnya..jika orang yahudi mencapai kejayaan mengasah otak mereka melalui muzik seperti violin dan piano.Kita sebagai umat Islam ada cara yang lebih berkesan dan hebat lagi yang Allah kurniakan iaitu melalui solat,Quran dan amalan seperti zikir,puasa dan lain2..

Sebenarnya jika kita melihat tokoh2 intelektual Islam seperti Imam Al-Ghazali,Ibnu Sina,Al-Farabi,ibn rushd,Al-Biruni..Perkara pertama yang mereka belajar dahulu adalah pengajiaan Quran..Tokoh2 yang hebat ini dapat menghafal 30 juzuk Quran ketika berumur bawah 10 tahun..Melalui kajian saintifik juga kanak2 yang berumur dibawah 7 tahun jika di latih menghafal Quran maka ianya lebih mudah.jadi mulakan pengajiaan dan hafalan Quran sejak anak2 kecil..jangan tunggu hingga mereka besar.Malah ada kajiaan yang menyatakan melalui bacaan Quran ianya dapat menyeimbangkan fungsi otak dan meningkatkan daya IQ dan EQ kanak2..Rahmat Allah juga turun pada orang yang membaca dan menghafal Quran..Malah melalui kelebihan Al-Quran dengan izin Alllah ianya menjadi terapi bagi pelbagai jenis penyakit..Saya pernah membuat sedikit research kecil tentang ini di matrik dahulu yang bertajuk neurotheology..kaitan Al-Quran,zikir,muzik,bunyi2an dengan otak dan agama..Insyaallah saya akan menulis mengenainya pada masa akan datang..

Selain dari itu melalui pembacaan saya, ulamak dan tokoh2 silam ini sangat menjaga pemakanan mereka..sistem pendidikan,pengurusan masa,dan cara pengurusan hidup mereka sangat bersistematik dan berlandaskan Quran dan Sunnah..Untuk mengeluarkan tokoh2 besar seperti ini memerlukan perancangan dan usaha berterusan yang teliti dan bersistematik.Ianya bermula dari ibu dan bapa itu sendiri dahulu.Contohnya jika kita kaji sejarah ibu dan bapa tokoh2 ulamak dan cendekiawan ini..untuk melahirkan anak2 ini mereka mempersiapkan bekalan dan perancangan yang rapi hatta sebelum berkahwin lagi dengan menjga pemakanan,amalan,dan menjaga agama mereka(mengikut perintah dan syariat Allah).Semenjak bayi didalam kandungan pula mereka memperbanyakkan zikir,Quran dan amalan2 kebaikkan.Sebenarnya perbuatan ayah dan ibu ketika anak2 masih didalam kandungan akan memberi kesan pada anaknya.Kita mungkin tertanya2 adakah kita mampu untuk melahirkan orang2 seperti ini?

akan bersambung....

Khamis, 16 Julai 2009

UBAT JIWA...


Ketika kita hidup untuk kepentingan peribadi,

hidup ini sangat pendek dan kerdil.

Ia bermula saat kita mulai mengerti dan akan berakhir bersama

berakhirnya usia kita yang terbatas.

Tapi apabila kita hidup untuk orang lain,

yakni hidup untuk (memperjuangkan )sebuah fikrah,

maka kehidupan ini terasa panjang dan memiliki (makna)yang dalam.

Ia bermula bersama mulainya kehidupan manusia dan membenteng

beberapa masa setelah kita berpisah dengan permukaan bumi."