Khamis, 30 April 2009

BUAT MUSLIMAH YANG RINDUKAN SYURGA..

Wahai Puteri lihat nun disana
Islammu kini ketandusan pembela
Bersama sendu mengalir lesu
Tertunggu-tunggu mujaddid baru
Kembangnya kini diulit sepi
Tiada lagi rijaludin sejati

Wahai puteri khidmatmu dinanti
Ummah derita engkau pengubatnya
Kelembutanmu penawar sengsara
Engkau penyeri islam dan tamannya
Tanganmu bakal mengongcang dunia

Namun ingat puteri Ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
Pembimbing diri dari thagut yang dibenci
Tuntutlah seikhlas hati

Wahai puteri
Teguhkan iman taqwamu dihati
Taqarrub billah tahta peribadi
Amalmu menjadi bukti
Sabarmu dikagumi
Pasrah pada Ilahi
Redha menghadapi mehnah rabb

Usah ditangisi takdir yang sudah pasti
Pengorbananmu pasti diberi balasan olehNya
Berbekal iman,taqwa,sabar dan redha
laluilah hari2 dengan keyakinan pada Ilahi

Berilmu beramal berkhidmat berjuang
Berkorban agar islam kan gemilang
Bersama Puteri Islam takkan sepi
Subur disirami harum mewangi...

Tiada ulasan: