Rabu, 8 Julai 2009

DOA SENJATA MUKMIN


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2:186)


Secara ringkas cara dan adab-adab berdoa’ adalah seperti berikut :-·


- Berdoa dengan hati yang penuh khusyuk dan yakin

- Dengan penuh rasa rendah diri.

- Melahirkan kehinaan dan kelemahan diri.

- Hendaklah didahului memohon keampunan dan bertaubat atas dosa yang telah dilakukan.

- Baik sangka terhadap Allah S.W.T.

-Hendaklah menunaikan segala perintah Allah S.W.T.

-Membesarkan Allah.

-Mengadap ke arah kiblat.

-Merendahkan suara.·

-Diulang tiga kali pada tempat-tempat yang perlu dan mustahak.

- Menadah kedua belah tangan.

-Yakin doa’ tersebut didengar dan akan diperkenankan oleh Allah S.W.T.

-Memulakan dengan memuji Allah dan bersalawat ke atas Rasulullah

Tiada ulasan: