Kini bermulanya semester baru..
Azam dan semangat baru....
Lebih bersemangat mengorak langkah..
Meneruskan perjuangan hidup...
Hari ini hari yang kurang sibuk berbanding semalam..Alhamdulillah didalam kesibukan diberi kesempatan untuk menulis..Sem ini seperti biasa akan adanya roomate baru..Alhamdulillah dapat roomate yang sangat baik..Pagi tadi semasa peristiwa blackout diasrama barulah kami dapat berkenalan serba sedikit dengan roomate..sebelum ni tiada kesempatan untuk bertaaruf panjang..Perbualan kami bermula apabila timbul masalah isu baloackout dan ayam..sedang rancak berbual2 barulah tahu..rupa2nya semua rakan bilikku terlibat dengan program yang berkaitan orang asli..Seronok juga bila dapat roomate satu kepala..Perbualan kami pastinya berkaitan progam dan pendekatan terhadap orang asli di malaysia..
Hari ini juga kelas bermula dengan lecturer yang ku gemari..Kami memanggilnya pak Jamil..Masuk kelas terus belajar subjek ni.Otakku memerlukan masa untuk pemansan..tambah2 lagi social theory berbeza dengan subjek majorku..Namun pembelajaran berjalan lancar..Alhamdulillah..Sem ni nak tumpukan betul2 pada study dan tingkatkan pointer..
Sem ini juga adikku mula belajar di Uia Gombak..Seronok bila ada adik sama2 belajar disini.Ada teman nak balik rumah..Dan yang bagusnya..hihi..bolehlah pantau2 dan belajar sama2..Cuma yang menjadi masalahnya kami berlainan jantina..moga dirimu berjaya dunia dan akhirat..sayang adik...
Didalam mengorak langkah mengharungi samudera kehidupan..teringat kata2 lecturer..Kisahnya bermula apabila lecturerku mula menimbulkan persoalan..Mengapa anda semua datang ke kelas?apa tujuan education ni?mengapa kita perlu menuntut ilmu?Pelbagai2 jawapan yang kami berikan..Akhirnya dia menjawab..Ilmu itu dicari bukanlah semata2 untuk mencari kesenangan hidup,meningkatkan taraf hidup,untuk mendapat pekerjaan yang baik dll..Tetapi ilmu itu dicari untuk mencari apa itu realiti kehidupan..Orang yang benar2 berilmu akan dapat membentuk peribadi dan moral yang baik..Tahu bagaimana cara untuk berfikir yang baik.Cara berfikir yang matang..tidak terlalu mengikut perasaan semata2..Tetapi mempunyai keupayaan membuat keputusan yang bagus.Corak pemikiran yang kreatif dan kritis..Pendidikan yang baik akan berjaya mengeluarkan modal insan yang cemerlang..Bukan sahaja dari segi intelektual malah dari segi rohani..Jika intelektual sahaja yang berjaya..rohani jatuh maka akan adanya virus2 perosak..Malah didalam islam juga perkara yang pertama Islam ajar adalah menuntut ilmu..Hinggakan dalam mengenal Allah juga memerlukan ilmu..pengenalan melalui tauhid uluhiyah dan rububiyah antara caranya..
Tiba-tiba diriku teringat kisah dokumentari yang bertajuk "The Awakening" dan "Moors in the west"Kisah mengenai bagaimana kerajaan Islam boleh menjadi satu tamadun yang civilize dan maju..Didlam dokumentari ni.Apa yang menariknya ianya menceritakan bagaimana Islam di sepanyol dan turki boleh berkembang..Didalam kisah ini juga menceritakan umat islam zaman ini sangat mementingkan ilmu agama dan dunia..Corak pembelajaran yang mereka amalkan sangat bersistematik.Proses penulisan dan penterjemahan berlaku dengan sangat meluas dari pelbagai disiplin ilmu..Ulama ketika itu bukan hanya mahir dalam ilmu perubatan(tidak terikat dengan specialization) tetapi mahir juga dalam disiplin ilmu agama dan ilmu lain..Corak pemikiran mereka amat berbeza dan sangat maju..
Mengikut kata2 ahli sejarah ini..Beliau mengatakan bahawa orang Islam lebih banyak meninggalkan ilmu berbanding seni bina bangunan.Kalu adapun kebanyakkannya dalam seni bina masjid..yakni dalam bentuk penulisan dan buku2 dari pelbagai disiplin ilmu..Harta intelektual..Sebab itu ketika tentera2 kristian dibawah ratu elizabeth menawan umat islam di sepanyaol..Mereka telah melakukan penghapusan etnik secara besar-besaran didalam sejarah dunia..Umat islam dibakar hidup2,dibunuh,dipaksa untuk memeluk agama kristian..Semua harta intelektual umat Islam terutama yang ada tulisan arab dihapuskan dan dibakar.Buku2 dicampakkan kedalam sungai..Semuanya dilaksanakan bagi menghapuskan kesan2 sejarah tamadun Islam.Kini perkara yang sama dilaksanakan di Iraq dan Afghanistan.
Selain itu ahli sejarah ini juga menerangkan bahawa umat islam ketika itu bukan sahaja maju dari segi intelektual malah juga hubungan diplomasi dan layanan terhadap non-Muslim..Mereka melayan non Muslim didalam jajahan mereka dengan sangat baik.Non Muslim juga diberi hak dan kebebasan untuk beragama .Mereka tidak dipaksa untuk menukar agama.Malah anak2 tawanan dan anak2 yatim piatu kristian di jaga dengan sangat baik oleh pemerintahan Islam.Mereka diberi pelajaran sehingga besar,diberi tempat tinggal yang baik..Ada organisasi yang menjaga mereka.Sangat sistematik..
Malah ada hamba2 yang tidak mahu diberi kebebasan disebabkan layanan tuannya yang sangat baik..Syariat Islam dilaksanakan dengan adil dan mengikut undang2 Islam.Malah apa yang lebih menarik hati saya didalam dokumentari ini adalah peranan masjid..Jika kita melihat pada zaman kebangkitan dan kemajuan Islam..Mereka menjadikan masjid sebagai tempat dan destinasi utama..Masjid dijadikan sebagai tempat yang mempunyai pelbagai fungsi dan menjadi tumpuan orang..Contohnya di dalm dokumentari ini ada menerangkan struktur dan kedudukan masjid.Didalm bangunan masjid dijadikan sebagai hospital,pusat pentadbiran(office),institusi pengajian,pusat sumber dan lain2.Malah ada masjid yang dibina ditempat2 yang strategik seperti di tengah2 pasar..Dan apa yang menarik perhatian saya juga dikatakan ramai juga orang yang tertarik dengan Islam melalui peranan masjid..terutama apabila dimasjid ada dibina hospital.Jika melihat dari sudut psikologi..Orang akan lebih mudah lembut hati apabila berada didalm keadaan sakit..Malah saya juga ada terbaca kajian saintifik yang mengatakan pesakit yang mendengar laungan azan dan bacaan al-Quran lebih mudah sembuh berbanding orang yang menggunakan muzik mozart sebagai terapi..Ini adalah kajian neurotheologi yang dibuat oleh saintis..
2 ulasan:
alhamdulillah.. selamat ke semester baru.. n tahniah buat adikmu.. sememangnya al Quran itu penyembuh sgl penyakit.. rohani dan jasmani.. alangkah baiknya jika kita semua fasih berbahasa Arab.. n kejayaan Negara2 Islam terdahulu adalah krn mengikut ajaran Al-Quran dan sunnah.. wallahu'alam.
terima kasih atas komen makcik..Moga kita akan tetap berada pada JalanNya..Moga kita menjadi orang yang tetap teguh dalam perjuangan menegakkan syiar Islam..
Catat Ulasan