Khamis, 9 Julai 2009

Ayuh!! Mari kita berkenalan dengan orang Asli...


orang asli sedang menggunakan alat sumpit
yang diperbuat dari buluh terpilih yang di
ambil dari gunung dan bukit yang tinggi.


Di Malaysia,kaum orang Asli terbahagi kepada 3 puak yang utama seperti Negrito,Senoi dan Melayu Asli.Terdapat 18 jenis puak orang asli dibawah 3 kategori ini. Di bawah kategori Negrito terdapat puak seperti Kensiu,Kintak,Jahai,Lanoh,Mendriq dan Bateq.Manakala kaum Senoi pula terdiri daripada kaum Semai,Temiar,Jahut,Che Wong,Mahmeri dan Semoq Beri.Kategori yang ketiga pula ialah kaum Melayu Asli yang terdiri dari kaum Temuan,Semelai,Jakun,Orang KanaqOrang Kuala dan Orang Seletar.Merujuk kepada bancian pada tahun 1991,jumlah keseluruhan orang asli di Malaysia adalah sebanyak 83,453 orang.Terdapat 12 jenis dialek dan bahasa yang mereka biasa gunakan.Contohnya,Melayu Asli akan menggunakan bahasa melayu didalam perbualan harian mereka.Manakala kaum dalam kategori Senoi akan menggunakan bahasa 2 yang pelbagai seperti Temiar,Semai,Che Wong,Jahut,Semaq Beri dan Mahmeri.


Orang Asli Negrito,Melayu Asli dan Senoi mempunyai cara dan perwatakan yang agak berbeza di antara satu sama lain.Pada kebiasaannya kaum Negrito banyak terdapat di Kedah,perak,Kelantan dan Pahang.Mereka mempunyai tubuh badan yang kecil,berkulit gelap,mempunyai hidung yang sedikit besar dan berambut kerinting.Kebiasaanya kaum Negrito adalah kaum yang paling pemalu,tidak biasa dengan dunia luar.Jika ada orang asing datang ke kampong mereka pada kebiasaannya mereka amat pemalu sehingga kitalah yang kena berusaha sedaya upaya untuk mendekati mereka. Walaubagaimanapun,mereka seorang yang amat menghargai seseorang dan setia.



Kaum Melayu Asli pula kebanyakkanya terdapat di Selangor seperti di batu 12 Gombak,Negeri Sembilan,Pahang,Melaka,Johor.Dari segi rupa fizikal kaum Melayu Asli lebih mirip kepada Melayu.Namun kebanyakkannya mempunyai kulit yang gelap sedikit.Mungkin kerana disebabkan aktiviti luar yang mereka lakukan kerana dari pemerhatianku anak2 orang asli yang masih baby kulitnya agak cerah juga.kaum Melayu Asli ini kebanyakkannya tinggal berhampiran dengan perkampungan Melayu.Ada diantara mereka yang menjadi nelayan dan kebanyakkan dari mereka bekerja dalam bidang penanaman seperti kelapa sawit,getah,lading sayur dan lain2.



Kaum Senoi pula banyak terdapat di Perak,Kelantan,Selangor,Pahang dan Terangganu.Rupa fizikal mereka pada kebiasaanya lebih tinggi dari Kaum Negrito.Mereka selalunya tinggal di bukit dan gunung2 seperti di Cameron Highland jauh dari pantai.Saya juga ada terdengar cerita yang mengatakan Si Tanggang yang handsome berasal dari kaum Semai.Kalau kita melihat rupa fizikal kaum semai bolehlah dikatakan kaum semai kebanyakkannya adalah kaum yang dikatakan paling cantik dan tampan,Wallahuaklam.



Merujuk kepada bancian pada tahun 1993,sebanyak 88.3 peratus orang asli di kategorikan sebagai orang miskin dan 69.9peratus dikategorikan sebagai orang paling miskin.Dari sudut agama pula sebanyak 85peartus orang asli masih lagi mengamalkan kepercayaan adat dan anisme.Jumlah Muslim adalah sebanyak 10peratus,kristian 5peratus,Bahai dan lain-lain 1peratus.Dari segi pendidikan pula kaum orang asli merupakan etnik yang paling jauh ketinggalan ke belakang.Dengan ini usaha yang gigih hendaklah dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada mereka mengenai kepentingan ilmu dan pendidikan bagi anak2 orang asli.

6 ulasan:

Werdah berkata...

salam.. saya pernah bawa pelajar sempena kursus pengawas dalam tahun 1995 macam tu.. di Kemenshah Height Hulu Kelang.. mereka ada di sana.. tetapi masa tu tak terfikir nak tanya mereka tinggal di mana dan nak tengok rumah mereka.. w/b/pun anak2 mereka cekap membantu kami membawa barang naik ke atas bukit yang curam dengan lajunya.. sedangkan kita tercungap2.. masyaAllah

Tanpa Nama berkata...

Heyas my first comment whoopee...[url=http://www.cbc.ca/canada/british-columbia/story/2010/01/08/bc-pipeline-bombings-arrest.html#socialcomments-submit].[/url]

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
piscesaries berkata...

trima kasih... info ni sgt berguna utk assignment terbaru...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

hi everybody


Just saying hello while I read through the posts


hopefully this is just what im looking for looks like i have a lot to read.