Selasa, 7 Julai 2009

Anda otak kanan atau kiri (bahagian 2)

Sambungan bagaimana Allah mendidik Nabi Musa menyeimbangkan fungsi otak......

Didalam surah Al-Kahfi terdapat kisah mengenai nabi Musa as dan nabi Khidir yang dirakamkan oleh Allah SWT dengan begitu indah sekali..cerita bagaimana Allah mendidik nabi Musa untuk belajar sesuatu hikmah dari nabi Khidir..

Nabi khidir merupakan salah seorang nabi ALLAH yang diberi hikmah kebijaksanaan untuk mengetahui ilmu mengenai masa depan atau didalam bahasa inggrisnya juga dikenali sebagai oracle..Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar psychology barat yang bernama dr Julian Jaynes dalam artikelnya yang bertajuk "the origin of conciousness in the breakdown of the bicameral mind" Beliau juga mengakui akan kewujudan divine order ini atau dikenali sebagai wahyu dari tuhan dan kaitan fungsi otak kanan..Otak kanan ini memainkan peranan yang amat penting dalam proses penerimaan wahyu..Malah kebanyakkan orang bukan islam juga memeluk agama Islam dengan menggunakan fungsi otak kanan.Bila mata hati dan akal terbuka maka terhijablah jalan yang dicari2..

Sebelum mengupas topik ini dengan lebih lanjut,saya ingin menerangkan sekali lagi fungsi otak kanan dan kiri...Sesiapa yang cenderung memiliki fungsi otak kiri,pada kebiasaannya orangnya memiliki sifat yang tegas,sangat berdisiplin,kebolehan menggunakan bahasa and communication skillnya bagus.mempunyai kebolehan verbal yang bagus,kadang kala sedikit outspoken dan lantang untuk bersuara.Lebih cenderung untuk mengikut peraturan,sistematik,teratur,organize,logik,analitikal(syariah).Jika kita membuat perbandingan antara Nabi Khidir dan Nabi Musa..Nabi Musa cenderung memiliki fungsi otak kiri..manakala Nabi Khidir as pula dapat menggunakan fungsi otak kanannya dengan baik dalam jalan cerita yang dirakamkan dalam surah al-Kahfi..Sesiapa yang cenderung kearah sifat otak kanan pula,orangnya lebih kearah artistik,lembut,mempunyai kebolehan untuk memahami situasi dengan baik,emosional,mempunyai kebolehan empati yang tinggi.dan kebanyakkan orang2 yang mempunyai ilmu kasyaf dapat menggunakan kebolehan fungsi otak kanannya dengan baik.(tariqa). Syariah tanpa tariqa akan menyebabkan kita menjadi terlalu fanatik..tetapi tariqa tanpa syariat akan membawa kesesatan seperti mana sesetengah aliran sufi dan ajaran sesat yang lain.Jadi kedua2nya perlulah seimbang.

Kini timbul persoalan bagaimana kita mahu meyeimbangkan fungsi otak kita?Apakah caranya kita mahu mendekatkan diri kita dengan Allah melalui pengajaran daripada cerita Nabi Khidir dan Musa..dengan cara menyeimbagkan fungsi otak?............

Fungsi otak kiri yang yang dikenali sebagai "a left brain code of law(the letter of the law) tidak mengcukupi untuk mengetahui hakikat sesuatu kebenaran dan keadilan..Ia memerlukan fungsi otak kanan untuk memahami situasi..Seperti mana apabila Nabi Khidir mengajar nabi Musa akan hakikat keadilan dan kebenaran dengan penyelesaian masalah kadang kala tidak mampu untuk diselesaikan melalui logik akal semata2.Nabi khidir cuba untuk mengajar Nabi Musa akan hikmah dan ilmu ladunni yang tidak diketahui oleh nabi Musa dengan hanya menggunakan logik pemikiran semata2(otak kiri)..Malah dalam hal ini kita memerlukan penilaian dan penafsiran otak kanan..Akhirnya..apabila nabi Musa masih tidak memahami dan sering bertanya akan perbuatan nabi Khidir yang baginya adalah di luar logik akal maka akhirnya nabi Khidir menceritakan hikmah de sebalik setiap perbuatannya.Barulah nabi Musa mengetahui akan setiap hilkmah kejadian ciptaan Allah..pada pandangan saya begitu juga dalam kehidupan kita.Kadang kala kita merasakan sesuatu itu baik untuk kita dan ingin sekali mendapatkannya tetapi Allah menghalangnya kerana Dia lebih mengetahui akan hikmahnya..Dia memberi sesuatu yang pada pandangan kita ianya pahit dan susah..Tetapi sebenarnya itulah yang terbaik buat kita..Mungkin hasil kemanisannya kita akan dapat di akhirnya..waallahuaklam..

Sebelum ini saya juga pernah mendengar dari kata2 seseorang yang mengatakan agama yahudi itu terkenal dengan keras undang2nya(bagi saya lebih pada otak kiri),Kristian terkenal dengan love atau kasih sayang(cenderung otak kanan)Manakala Mereka mengambarkan Islam terkenal dengan agama yang adil (seimbang)..Di dalam Quran sendiri Allah mengambarkan umat nabi Muhammad ini adalah ummatan wasato(ummah yang seimbang/pertengahan)..Didalm Islam sendiri nabi Muhammad sering menekankan bab seimbang dan besederhana didalam urusan.Kita tidak dibenarkan terlalu berlebihan didalam beribadah sampai meninggalkan langsung dunia sehingga tidak makan,minum,bekerja atau berkahwin..Malah juga tidak dibenarkan untuk terlalu berlebihan didalam hal dunia sampai meninggalkan akhirat.

Jumaat, 26 Jun 2009

Baru habis exam..

Alhamdulillah exam baru sahaja selesai hari ini.sepanjang masa minggu exam agak sukar untuk update blog..Hari ini diriku tidur dibilik sahabat..hehe..memang biasanya minggu exam jarang berada di bilik sendiri kecuali 2sem lepas..Lebih gemar belajar dimasjid,library,surau atau cafe..Emm..mungkin ini salah satu cara bagiku menangani tekanan exam..semenjak dari dulu diriku suka benar mencari supporter dari kalangan orang terdekat..Cukup setakat mendengar suara atau kata2 support terus ok..Tapi bila terkenang exam ni just baru sedikit..Bagaimanalah bila keadaanku bila disoal di akhirat nanti..bila fikir balik rasa seram pula..

kini diriku sedang membuat sedikit research kecil tentang kanak2 orang asli..sekadar asignment dalam kelas dan untuk mendapat tambahan maklumat tentang mereka..Semenjak dari first program sampai kini terus jatuh cinta dengan kanak2 orang asli.Tambahan pula diriku memang minat mengajar semenjak kecil..Semoga cita2ku untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya dan cemerlang tercapai..aminnn..

Apa yang berlaku pada keluargaku kini..makcik saudaraku still lagi bertarung melawan kanser tahap keempat.dari hari isnin hingga jumaat kena wat komoterapi..Kesian makcik..kansernya merebak..Moga Allah melindungi makcik kesayangan kami..Dia seorang yang sangat2 baik..Semua ahli keluargaku sangat sayang padanya..Moga dipeliharaNya dan sembuh..

Balik rumah?emm..family hampir setiap hari tanya..Ni pun baru adik hantar message masa taip..Tapi tak boleh nak balik..Maafkan akak..InsyaAllah akak akan cuba curi masa untuk balik rumah..Rindu pada mak and abah..akak akan sentiasa doakan kalian ..Akak love u all semua..muahh

Khamis, 18 Jun 2009

Anda otak kanan atau kiri? (bahagian 1)


Bila terfikir mengenai salah satu ciptaan Allah yang paling berharga ini lantas diriku terfikir2 betapa indahnya dan uniknya ciptaan Allah yang satu ini..Semakin lamaku fikirkan semakin takjub..Subhanallah..Syukur pada Allah yang telah mengurniakan anugerah yang sangat berharga ini..

Cuba anda fikir anda seorang yang bagaimana?setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri..Kadang2 diri ini terfikir mengapa setiap orang berbeza..kehidupan ini saling lengkap melengkapi.Manusia memang bersifat lemah.kita memerlukan orang lain dalam kehidupan kita..begitu juga peranan otak..kena ada balance..

Pernahkan kita terfikir apakah peranan otak kanan dan kiri?mengapa dalam Islam kita menekankan aspek spiritual?Mengapa Allah memerintahkan kita melakukan ibadah2?Apakah hikmah di sebalik kejadian ini?Apakah hubung kaitnya dengan otak kiri dan kanan?Sebenarnya jika kita relatekan dengan saintifik..terdapat banyak hikmah di sebalik setiap kejadian..

sebelum mengupas topik ini dengan lebih terperinci ingin saya terangkan secara ringkas sifat otak kiri..Kebiasaannya sesiapa yang dominan otak kiri biasaanya orangnya bersifat tegas,amat terperinci,berdisiplin,lebih berfikiran rasional,amat patuh pada undang2,pendek kata sesiapa yang dominan dengan otak kiri ini kebiasaannya orang yang terlibat dengan sains,akauntan,peguam,buisnesman dan lain2..

Sifat orang yang dominan dengan otak kanan pula biasanya orangnya lebih kepada mempunyai sifat empati,memahami,berpegang teguh pada adat dan tradisi dan lain2.Biasanya sifat ini terdapat pada bayi yang baru lahir.Secara ringkasnya pekerjaan yang sesuai dengan golongan ini adalah guru,pendakwah,sains kemanusiaan,bahagian art dan lain2..

Jadi kenali potensi otak anda.Tapi jangan terkeliru pula kerana sebenarnya ada juga orang yang mempunyai gabungan kedua2 otak.Mungkin 45% otak kanan dan 55% otak kiri.Kedua2 otak ada kelebihan dan kekurangan masing2..yang penting bagaimana kita cuba untuk menyeimbangkannya..

Disini ingin saya kaitkan dengan budaya barat dan timur..Secara amnya negara barat kita boleh kategorikan sebagai otak kiri dan timur seperti Malaysia lebih berperanan otak kanan..Dua2 budaya yang berbeza ini perlu saling memahami..Malaysia sangat sensitif dengan isu yang berkaitan agama dan adat.Sejak zaman dahulu British susah untuk campur tangan dalam kedua2 aspek ini.Mereka memakan masa yang lama dan teknik yang sangat halus untuk menghapuskan adat dan merosakkan Islam..Penyebaran ajaran kristian tidak berlaku secara besar-besaran.Orang MELAYU sangat menjaga agama..Inilah peranan otak kanan..mereka menggunakan keupayaan otak kanan dengan memahami dan menapis anasir2 yang negatif penjajah terhadap agama.Amat susah pada ketika dulu kita mendengar orang melayu Islam di Malaysia menukar agma kepada kristian..Tapi kini?gejala murtad semakin menjadi2..kini di Malaysia dah ada gereja khas untuk orang melayu..kalimah ALLAH boleh digunakan dalam kitab bible dimalaysia.persatuan untuk orang2 yang murtad telah di tubuhkan..mengapa ini terjadi?pernahkah kita memikirkannya?

Dalam budaya Barat pula,mereka lebih kepada otak kiri.Lebih mementingkanaspek fisikal dan kemajuan teknologi.Mereka terkenal dengan menepati masa.Berdisiplin.seperti mana juga orang yahudi yang sangat rigid pada undang2.Tetapi mementingkan kemajuan fizikal dan terlebih menggunakan otak kiri juga tidak bagus.Mereka akan hilang sensitiviti,akan menyebabkan hilangnya moral jika tak diseimbangkan dengan peranan otak kanan....Budaya teknologi tinggi tanpa agama akan rosak seperti mana binasanya umat kaum2 luth,tsamud,firaun dan lain2.Mereka mempunyai kemewahan dan teknologi yang sangat tinggi contohnya terdapat penemuan alat seperti bateri yang berusia beribu tahun,teknik mumia dan sebagainya..Tapi apa kekurangan mereka?


AKAN BERSAMBUNG...nantikan kisah nabi Musa dan Khidir.Bagaimana Allah mendidik nabi Musa supaya menyeimbangkan otak kanan dan kiri...

mutiara kata seorang pejuang

"Apabila hidup
kita hanya untuk kita,
hidup kita
amatlah singkat.

Bermulanya,kita berakhir dengan berakhirnya umur kita yang
terbatas.
Tetapi jika kita hidup untuk
selain daripada kita,
hidup kerana
fikrah,
sesungguhnya hidup
adalah panjang dan mendalam.
Bermula dari bermulanya
manusia dan berakhir dengan luputnya manusia dari muka bumi
ini.
Jika kita rasa kita
yang memulakan perjuangan ini maka kita akan merasa sempit dada kematian kerana
perjuangan belum mencapai matlamat.
Ingatlah, bukan kita
yang memulakan dan bukan kita yangmengakhirnya.
Ia bermula oleh para
Nabisehingga ke akhir zaman...
Kita adalah mata rantai daripada satu
perjuangan yang panjang
..............................................................

As-Syahid Sayyid Qutb Rahimatullah

Sabtu, 16 Mei 2009

Selamat hari lahir n hari ibu bonda..







Tanggal 16 mei adalah hari lahir bondaku..hari guru juga dalam masa yang sama.kehangatan hari ibu masih lagi terasa dan menghangat..Bonda..akak sayang sangat pada bonda..tersangat sangat sayang..Terima kasih di atas segala pengorbanan bonda dalam mendidik kami semua..Bonda sangat tabah dan sabar dalam mendidik kami semua..Jasa bonda tak terbals..

Seindah kuntuman mawar merah kesayanganku..mekar kasih bonda terlalu indah dan bahagia..Meskipun dirimu yatim piatu sejak berumur 6tahun namun kasih bonda dan keprihatinanmu sangat mengasyikkan kami.Akak sentiasa terasa kasih sayang bonda walau dimana2 akak berada.Amanat dan kata2 bonda menjadi kekuatan dan azimat..

akak masih teringat dengan jelas lagi di kotak fikiran hingga kini perbincangan kita..sesi luahan perasaan antara ibu dan anak.Disaat itu mengalir air mata ini mendengar kata2 ucapan lembut dari bibir bonda..kata2 yang mengharukan dan penuh pengertian..Bonda menenangkan akak dengan janji2 ALLAH,keyakinan yang teguh pada Allah,dengan nasihat dan kata2 pembakar semangat..Bonda memang pandai memberi kami perangsang.Kata2mu penuh motivasi dan sentiasa hangat.Bonda sangat lembut orangnya..sangat penyabar,tabah namun dalam kelembutanmu ada ketegasan..kata2mu sangat lembut namun penuh bersemangat..Butir bicaramu penuh berhikmah..Akak sangat bertuah memiliki bonda yang terlalu banyak berkorban untuk kami semua..terlalu banyak pengorbananmu meskipun dirimu tidak mendapat kasih sayang dari ibu dan ayah sejak kecil..Bonda telah memberi yang terbaik buat kami semua..

Bonda..moga dirimu mendapat balasan kebaikkan yang terbaik dari Allah SWT.Moga Allah mengangkat darjatmu setinggi2nya..diampunkan segala dosa..

TERIMA KASIH BONDA..AKAK SAYANG SANGAT2 PADA BONDA

Khamis, 14 Mei 2009

EMPATI..ADAKAH KITA MEMILIKINYA??

Hari ini selepas balik dari kelas..aku terfikir tentang satu isu yang berkaitan dengan masalah sosial di Malaysia..masalah mat rempit,anak luar nikah yang semakin ramai,dadah,ponteng,jenayah kanak-kanak dan sebagainya..semakin lama berfikir semakinku rasa pening memikirkannya..tambahan lagi aku baru sahaja membentangkan report group kami tentang pre-marital sex di malaysia..Mengikut kajian yang di jalankan oleh lecturer kami,sebenarnya sebanyak lebih kurang 600,000 anak luar nikah dilahirkan di Malaysia setiap tahun..Emmm...jika di himpunkan kesemua anak luar nikah ni dah boleh buat satu negeri yang besar..dan yang menyedihkan kini semakin ramai remaja yang berumur antara 15-19 tahun terlibat..mengikut kajian yang dijalankan juga.lelaki lebih ramai terlibat berbanding wanita..

Mengikut pengamatanku Malaysia kini sedang berhadapan dengan gejala sosial yang semakin meningkat dari sehari ke sehari..Kerajaan Malaysia kini telah mengumumkan bajet 2009 memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar dalam perkhidmatan sosial ini.Perbandingan peruntukan bagi perkhidmatan sosial dalam bajet-bajet yang lepas menunjukkan peningkatan sebanyak 34.4 peratus bagi tahun ini. Dalam Bajet 2005 peruntukan adalah sebanyak RM7.6 bilion, RM9.9 bilion (2006), RM 14.2 bilion (2007) dan RM15.6 bilion dalam Bajet 2008. Bagi Bajet 2009, peruntukan berkenaan dinaikkan kepada RM17.8 bilion.Ini menunjukkan betapa meningkatnya gejala sosial di malaysia..Langkah dan pengesanan awal bagi mencegah masalah ini hendaklah dilaksanakan..

Tetapi apa punca-punca gejala sosial ini ye?Bilaku amati manusia kini semakin lari dari ajaran Quran dan Sunnah..sistem secular yang ditinggalkan British memang memberi kesan yang memdalam dalam membentuk rakyat Islam Malysia yang kini semakin tandus dengan nilai2 agama dan moralnya..Hiburan dan aliran hedonism semakin meluas..Kegagalan sistem pendidikan diMalaysia,institusi kekeluargaan dan penguatkuasaan antara punca menyumbang kepada gejala sosial..Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh negara melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda.Perangkaan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia menunjukkan aliran peningkatan kes sejak tiga tahun lalu yang melibatkan kelompok umur berkenaan dengan purata kes sebanyak 200 dan melibatkan 120 tangkapan setiap bulan. Kegiatan pelajar ini merangkumi penyalahgunaan dadah, gangsterisme dan perilaku seks bebas.

Malah kesan Globalisasi yang melanda seluruh dunia dan konsep dunia tanpa sempadan yang pada awalnya ditumpukan kepada perkembangan ekonomi telah menular dalam hampir semua ruang lingkup kehidupan manusia sejagat. Di samping membawa kebaikan khususnya dalam perkembangan pendidikan dan teknologi maklumat, globalisasi pada hakikatnya telah membawa perubahan besar dalam corak hidup keluarga dan masyarakat. Ia juga membentuk cara berfikir individu dan menjadikan perjalanan hidup semakin kompleks dan rumit.Disini juga timbul banyaknya ideologi2 barat yang bertentangan dengan islam..

Mengikut kajian zeenath(2005)telah menyenaraikan 24 sebab berlakunya gejala sosial dalam masyarakat Malaysia yang diperoleh setelah dilakukan kajian ke atas ketua-ketua wanita dalam pertubuhan politik tempatan. Antara punca-puncanya ialah:

a) Meminggirkan tradisi, nilai dan moral atas nama kemodenan.
b) Kemahiran keibubapaan yang lemah.
c) Ibu bapa tidak memberi masa yang berkualiti dengan anak-anak.
d) Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pembantu rumah.
e) Komunikasi ibu bapa dan anak yang lemah.
f) Kurang seliaan dan asuhan disiplin diri dalam diri anak-anak.
g) Rasa sunyi dan hilang kasih sayang semasa membesarkan anak-anak.
h) Capaian yang mudah pada bahan lucah.
i) Salah guna teknologi (internet).
j) Kurang memahami Islam dan iman yang lemah.
k) Kurang pendidikan seks.
l) Tekanan sosial ke atas remaja perempuan untuk berkahwin awal.
m) Lemah integriti moral.
n) Kesedaran gender yang lemah dalam masyarakat.
o) Tekanan dari agama terhadap wanita berkenaan isu seks.
p) Kaedah penceraian dalam Islam.
q) Lebih daripada lima orang sekeluarga tinggal di rumah sempit.
r) Bosan semasa membesarkan anak.
s) Reaksi keterlaluan terhadap didikan agama.
t) Mudah marah dan tidak merasa kehadiran Allah SWT dalam hati.
u) Bajet untuk JKM yang sedikit.
v) Ibu bapa da guru gagal memahami jiwa remaja.
w) Tekanan rakan sebaya dan budaya negatif di luar rumah.
x) Ibu bapa dan guru tidak mesra kepada remaja.

Bilaku amati saudara2ku yang terlibat dengan gejala sosial ini timbul perasaan simpati.Kebanyakkan mereka mengalami kehilangan sesuatu dalam jiwa mereka..Mereka mahukan diri mereka difahami,rasa dihargai,diiktiraf,disayangi..Kebanyakkan mereka juga menjadi liar disebabkan kehilangan perhatian,bimbingan dan kasih sayang..Mungkin itu antara sebab mereka lebih suka mencari kawan-kawan seperti geng2 matrempit,skinhead dan lain2 kerana mungkin mereka merasa hanya rakan2 mereka yang memahami mereka dan bleh memberikan keseronokan yang tidak terdapat dirumah dan sekolah.Ibu bapa,guru dan masyarakat hanya tahu memarahi dan meletakkan kesalahan keatas mereka..mereka hanya dipandang rendah tapi disisi kawan2 segeng mereka kadang kala dapat merasa bangga,dihargai dan difahami..sudah pasti ini susah ditemui di tempat lain bagi sebahagian mereka..

Pada pandangan peribadiku,kita perlu mempunyai sifat empati terhadap mereka.Jika kita cuba untuk mengasah sifat empati(kemahiran untuk meletakkan diri kita pada tempat orang lain)insyaAllah kita akan lebih memahami seseorang dan dapat menyelesaikan punca masalah ini.Rasulullah adalah contoh terbaik,figur yang mempunyai empati yang sangat tinggi.Ketika para sahabat meminta pandangan dan bertanyakan hukum kepada rasulullah..Rasulullah memberi hukum yang berbeza kepada para sahabatnya mengikut kemampuan,jiwa dan keupayaan sahabat-sahabatnya.Begitu juga sebagai ibu bapa,guru,kakak,abang,sahabat..kita perlu mempunyai sifat empati..Cuba fahami keadaan,analisa dahulu situasi,pemikiran,emosi dan gerak laku serta punca sesuatu perkara..Janganlah kita terus meletakkan kesalahan dan membiarkan mereka begitu sahja.Develop rasa humanity..Kerana manusia ini fitrahnya mahu rasa dihargai..sebab itu Allah sediakan syurga dan ganjaran kebaikkan didunia dan akhirat pada manusia..memang sifat manusia mahu dihargai..

Sekarang timbul persoalan bagaimana nak menghargai seseorang ye?Sebagai contohnya..Matrempit..untuk mengatasi masalah matrempit di bawah umur cuba kita fahami jiwa remaja..remaja adalah individu yang mempunyai semangat yang tinggi,tenaga yang banyak,pemikiran yang tengah berkembang..masih mencari identiti dan jati diri..Jadi disekolah cuba kita perbanyakkan aktiviti fizikal dan rohani..Contohnya sekolah diMalaysia hanya ada 1kali seminggu sahaja waktu sukan.itupun sejam sahaja.Jadi cuba kita sediakan aktiviti yang berkaitan dengan fizikal contohnya diadakan sukan selama lebih dari 3kali seminggu.tak kisahlah sukan ke,musik atau permainan berbentuk minda..Disamping itu adakan juga aktiviti yang dapat mengeratkan ukhwah disamping mereka.contohnya praktikkan solat jemaah setiap kali solat.Banyakkan pengisiaan kerohaniaan kerana manusia ini bukan sahaja keperluan fizikal hendak dipenuhi tetapi juga rohani.Bagi matrempit yang sukakan motor mungkin juga kita boleh memulihkan mereka dengan mengadakan sesi bengkel pemulihan dengan menyediakan ruang bagi mereka untuk mempelajari kerja teknikal,kaunseling,bagi peluang ,mereka untuk mengekspress jiwa mereka dengan aktiviti sukan dan benda2 yang menjadi minat mereka..disamping itu jangan lupa masukkan silibus yang berkaitan kerohaniaan yang dapat merapatkan mereka dengan tuhan.contohnya kem ketuhanan dan masukkan apa hala tuju mereka?mengapa mereka diciptakan?apa peranan mereka?dan sebagainya..more kepada program motivasi..itu hnya pandangan peribadi..

Selain itu aku tertarik dengan satu kem yang dijalankan oleh misionary kristian di eropah.mereka menamakan kem ini sebagai summer kem..melalui kem ini mereka telah berjaya menarik beribu2 orang untuk memeluk agama kristian..mengapa kem yang kita buat tidak ye??Rupa2nya didalam kem ini mereka mengamalkan konsep love,fun and humanity..sebagai contoh..tujuan mereka adalah untuk menarik remaja2 dan kanak2..jadi modus operandinya senang saja.Beri apa yang jiwa remaja dan kanak2 ini mahukan.Tanamkan memori yang menjadi kenangan indah buat mereka..tanamkan rasa kasih sayang sesama mereka dan paderi.Aktivitinya adalah dengan bercuti dipulau yang indah,memancing,berkhemah,bbq,snorkeling,swimming,jet sky dan pendek kata penyusunan programnya memang sangat menyeronokkan dan dapat menarik remaja dan kanak2.Dan didlam kem ini di setiap waktu rehat dan tertentu dalam masa 15-20 min mereka akan membincangkan tentang konsep jesus dan ajaran kristian..Kem ini pula bukan sahaja melibatkan hanya rakan sebaya sahaja tetapi orang dewasa dan paderi juga terlibat sama.Mereka bermain,tidur,makan dan menyertai semua aktiviti bersama target group mereka..Bagiku mungkin cara ini boleh dipraktikkan dalam kem ibadah kita bagi menarik minat remaja bermasalah yang biasanya bila sebut kem ibadah biasanya penyertaan untuk golongan ini amat kurang.Penyertaan bagi kem ini bukan sahaja terdiri dari golongan remaja sebaya sahaja tetapi juga ust atau ustazh mestilah bersama2 mereka menyertai aktiviti..solat,makan,aktiviti hendaklah bersama2.mungkin melalui cara ini kita boleh develop rasa empati dan seterusnya kita dapat menyelami serta diterima oleh mereka..kurangkan gap antara mad'u dan da'i itu sendiri..Kemudian barulah kita buat follow up aktiviti untuk golongan ini..Sesungguhnya agama Islam itu adalah agama yang sangat indah dan sempurna..terpulanglah pada kita bagaimana untuk menyampaikannya dengan cara yang berhikmah. waallahuaklam..ini hanya pandangan peribadi saya yang masih sempit ilmunya..

ADA APA DENGAN PETAI EK???


ADVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR

Little did you know ...... after reading THIS, you'll NEVER look at petai in the same way again!

Petai contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose. Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute wor kout.. No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

PMS(premenstrual syndrome):
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anaemi a:
High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power :
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Understand that bananas contain lot of potassium too so eat more banana. Just look at those monkeys, they are really active, alert, smart and cunny too!!

Constipation:
High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn:
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.

Morning Sickness :
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites :
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves:
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight:
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report c oncluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers:
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control :
Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In hoiland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affecti ve Disorder (SAD) :
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.

Smoking:
Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.

Strokes:
According to research in "The New Engla nd Journal of Medicine, " eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%".

Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!

So, as you can see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals... It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A Petai a day keeps the doctor away".

Khamis, 7 Mei 2009

DOA UNTUK KEHORMATAN DIRI WANITA

Doa untuk perlindungan kehormatan diri bagi kaum wanita…

Allahumma in kunta ta'lamu an ni a~mantu bika wa
birasu~lika wa ah shantu farji illa a'la zauji
fala~ tusallit alay yal ka~fira waz za~lima.

Doa ibu kepada anaknya (elakkan diri dari
dirogol)

Allahumma in kunta ta'lamu annantani a~manat
bika wabirasulika wa ah shanat farjaha~ illa ala
jauziha~ fala tusallit alaihal kafira waz za~lima

Nota
~ = tanda panjangkan bacaan
' = huruf yang mati bertemu ain (contohnya
ayat kunta ta'lamu dibaca taklamu tapi tak boleh
ditulis tak di dalam tulisan rumi)


Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah
membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya), doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya.Makna Doa tersebut adalah seperti berikut:-

Ya Allah, kalaulah engkau mengetahui
(sememangnya Allah Maha Mengetahui),
bahawa aku beriman dengan Mu dan rasul Mu. Aku
memelihara kehormatanku
hanya untuk suamiku. Janganlah aku menjadi
mangsa orang-orang kafir.

Sesungguhnya kita sebagai makhlukNya hanya mampu berusaha.. dan Allah yang menentukan
Wallahua'llam

PAKAR FIZIK MASUK ISLAM KERANA KAJIAN SOLAT BERJEMAAH..

Kelebihan Solat Berjamaah Menurut Pandangan Pakar Fizik

Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang mengapa solat berjamaah disyariatkan dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam.Menurut profesor itu,tubuh badan kita ini mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif.Dalam perjalanan hidup kita sehari-hari, sewaktu kita bekerja,beriadah atau berehat, kita akan menggunakan tenaga dan dalam proses pembakaran tenaga ini banyak berlaku pertukaran cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut dalam tubuh kita.Inilah yang menyebabkan kita berasa letih dan lesu setelah selesai menjalankan aktiviti seharian kita.Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita kepada keadaan normal supaya kita kembali segar.

Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan solat berjamaah, dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan teori keseimbangan cas tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dalam solat dan fungsinya dalam menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.Semasa kita solat berjamaah,kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.Terdapat pelbagai hikmah disyariatkan seperti itu, namun menurut sains, pegeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas yang berlawanan akan ditarik ke dalam tubuh kita.Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat selama beberapa jam.Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.Jadi, kita hanya memerlukan sedikit sahaja lagi proses pertukaran cas di dalam tubuh kita agar keseimbangan dapat dicapai.Sebab itu solat Subuh didirikan dengan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sekerat hari kita bertungkus lumus bekerja, membating tulang atau memerah otak, cas-cas ini kembali tidak seimbang akibat kehilangan banyak cas dari tubuh.Oleh itu kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas lalu solat berjamaah berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.Oleh sebab itu, solat Zohor didirikan empat rakaat bagi memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama berlaku di sebelah petang, apabila kita mengeluarkan banyak tenaga untuk menyambung tugas, lalu sekali lagi kita kehilangan banyak cas-cas ini.Seperti halnya solat Zohor, maka solat Asar dikerjakan sebanyak 4 rakaat bagi memberi ruang kepada proses pertukaran cas berlaku dengan lebih lama.Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja, pada kebiasaannya, kita akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak menggunakan begitu banyak tenaga dan masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.Oleh itu, kita tidak menggunakan tenaga yang banyak.Maka solat Maghrib dikerjakan 3 rakaat adalah logik daripada penggunaan tenaga badan yang kurang daripada 2 waktu yang sebelumnya.

Sekarang timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa pula solat Isya mengandungi 4 rakaat.Menurut logik asal, kita tidak banyak melakukan aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut dijalankan, rupanya terdapat hikmah lain mengapa disyariatkan begitu.Seperti yang kita sedia maklum, kita umat Islam amat digalakkan tidur awal agar kita akan dapat bangun semula disepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat Tahajjud.Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa, solat Isya sebanyak 4 rakaat itu akan menyediakan badan kita dengan cas-cas yang seimbang serta memberi tenaga untuk kita bangun pada sepertiga malam, menunaikan solat sunat dan berqiam di pagi yang sunyi dan dingin ...

Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah taala itu mempunyai hikmah yang tersirat di dalamnya untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya beliau dan betapa besarnya pencipta segala pencipta, raja segala raja.Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah taala untuk memeluk agama Islam.

Isnin, 4 Mei 2009

4 Golongan Lelaki

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempua! ! nnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S. W. T.:-



Mengenali Lelaki Dan Perempuan

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

Lelaki:

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu

Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?


Kiriman: nurqush pada 15 Okt, 2004 - 10:32 AM

DOA YANG TIDAK TERMAKBUL DISIMPAN UNTUK AKHIRAT


BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan
ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak,
pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap
doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi
harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh
kurniaanhasil kesungguhan mereka berdoa.

Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah
yang hanya Allah Maha Mengetahui.

Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap
mustahil oleh manusia.

Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan
kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik
daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki,
kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah
Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik
sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu
menjangkau hakikat sesuatu.

Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan
menimpa.Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana
kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali
berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus
asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan
sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

====================================================================================

PESANAN

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."

Ahad, 3 Mei 2009

SEMANGAT DI PALESTIN..

Rintihan as-syaheed sheikh Ahmad Yassin

"Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?
Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).
Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku.

Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan."
"Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaumpun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah... Tiada satu kaumpun (di kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas... (Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, "Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!"
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (dalam keadaan melarikan lari) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."

"Ya Allah, kami mengadu kepadaMu... kami mengadu kepadaMu... kami mengadu kepadaMu... kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.
Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami..."

(Diterjemah dan dipetik daripada Web Palestininfo berbahasa Arab 8/9/2003)

MENCARI CINTA ALLAH

GADISKU..

MENCINTAI ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YANG HAKIKI DAN ABADI KERANA HATI YANG PECAH DAN RETAK APABILA DIBERIKAN KEPADA MAKHLUK PASTINYA AKAN BERTAMBAH RETAK DAN TERBURAI TAPI APABILA HATIMU DISERAHKAN KEPADA ALLAH SUDAH PASTI IA AKAN BERTAUT KEMBALI...DALAM SEUSIAMU SIBUKKANLAH DIRIMU DENGAN ILMU YANG MAMPU MEMPERTAJAMKAN AKAL DAN MAMPU MEMBINA SHAHSIAH MUSLIMAHMU...SESUNGGUHNYA ILMU ITU CAHAYA DAN ILMU TIDAK MAMPU BERTAPAK DALAM HATI ORANG YANG MELAKUKAN MAKSIAT.bUAT AKHIRNYA TERIMALAH KATA2 SEORANG AHLI SUFI..RABIATUL ADAWIYAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA:

cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk
seseorang insan kerana ia tidak kekal ..cintakan manusia seringkali
membuatkan seseorang itu gagal,kecewa,menderita dan terseksa..oleh itu tidak
ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang
kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri...


OLEH ITU CARILAH CINTA YANG HAKIKI YANG SERING KALI MANUSIA ALPA DAN LEKA..DUNIA HANYA SEMENTARA..TEMPAT PERSINGGAHAN MANUSIA ..DUNIA YANG ABADI SEDANG MENANTI KITA..BEKALAN UNTUK HARI KEMUDIAN HENDAKLAH DIFIKIRKAN..CARILAH REDHA ALLAH DALAM SETIAP AMALAN PERBUATAN..IKHLASKAN NIAT HANYA UNTUK ALLAH..MINTALAH PETUNJUK DARI ALLAH..MOGA DIA AKAN MEMBIMBING KITA KEARAH JALAN YANG DIREDHAINYA..WAALLAHUAK'LAM

Sabtu, 2 Mei 2009

CINTA ALLAH


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

PESANAN BUAT PUTERIKU SAYANG

Puteriku,
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpamu
Bahkan hati turut gerang
Malah fikiran pun tak menentu
Resah jadinya
Begitulah perlunya engkau wahai puteriku…

Puteriku,
Luluh hati dibelai jemari lembutmu
Tersentuh jiwa dengan kasih kudusmu
Lumrah engkau dicipta istimewa
Melengkap mana yang lompang
Manampal mana yang kurang
Itulah kuasa agung Maha Pencipta

Puteriku sayang,
Padamu lelaki memanggil bonda, dinda dan puteri
Keranamu dapur di rumah berasap
Lauk dan nasi terhidang untuk disantap
Saban waktu menghulur kasih mendidik zuriatmu
Patuhmu kau hulur pada insan berglar ayah dan suami
Baktimu kau hulur mengaburi cita-citamu
Kudus hatimu wahai puteriku


Tidak puteriku,
Amanah yang kau pikul bukan hanya
Untuk keluarga dan suami
Bukn hanya menjadi lembayung
Mencorak istana
Tetapi kau perlu keluar ke medan juang
Kau perlu membentuk watan berhati insan
Janagn biarkan bangsamu terus melentok lesu
Ayuhlah puteri persiapkan dirimu
Bukan esok, bukan lusa tapi sekarang




Namun puteriku,
Mampukah kudratmu menongkah arus
Menabur bakti di luar kepompong duniamua
Kau insan berhati salju
Mudah cair dibahang kemelut
Akalmu senipis sutera
Mudah dicarik segala dusta
Berjayakah engkau puteri…


Puteriku,
Mengapa kau sangsi dengan upaya diri
Pastinya tiada istilah srikandi jika bukan untukmu
Ubahlah minda anjaklah paradigmamu
Buahkan rahim lembutmu yang
Mengandungkan lelaki teja
Bukankah tangan lembutmu yang
Mengasuh pemimpin bangsa
Percayalah puteriku….
Kau mampu berganding menjadi
Benteng negara
Paculah akal budimu
Kenal diri kenal penciptanu
Agar kau tidak tewas tersungkur
Kerana jatuhmu jatuhlah nusa

Ya puteriku sayang,

Lengkaplah dirimu dengan ilmu dan nilai-nilai budi
Binalah benteng diri sebelum engkau melangkah
Kau punya kekuatan menggoncang dunia
Kerana selayaknya kau bukan hanya di
Dapur tetapi di medan tempur
Bangunlah puteri….
Untuk anak dan cucu cicitmu
Agar generasi muka punya jati diri yang gemilang
Bukan pak kadok yang bersorak
Bangga tapi kampung tergadai

Jumaat, 1 Mei 2009

SUATU HARI...

"Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang
melihat mentari terbit. Aaah..

kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati.
Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku. Aku menjawab, Sudah tentu!Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Diabertanya
lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu. Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan
buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab,Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun
begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah. Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?

Bagaimana mungkin bagiku mendengar jikaaku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga;tetapi menggunakan hati. Aku jawab,Walaupun takdir itu amat berat bagiku,namun aku akan tetap menyintaiMu. Dia
menyambung lagi persoalanNya,Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu. Aku tertanya lagi,bagaimana aku boleh memuji tanpa suara.Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting
bagaimanakah bunyinya.

Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap memujiMu. Dan... Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar
menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab denganyakin, Ya, benar Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar. Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terusbertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa kamu masih melakukan dosa. Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan
maksum.

Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu?DanKenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada
aku;kamu datang dekat dan merayu kepada aku.Aku tidak mampu berkata-kata.Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia
kepadaKu? Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. Mengapa kamu malu kepadaKu?Mengapa kamu tidak mahu menyebarkansuruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimikamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi
peluang untuk berkhidmat di jalanKu? Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah
perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyaijawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar
berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada
apa yang kutemui sebagai jawapan.


Dia berkata-kata lagi... Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali akuberkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya
ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara. SambungNya lagi,Kini... adakah kamu menyintaiKu.Akutidak mampu menjawabnya lagi.Bagaimana harus aku jawab persoalan
ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama
ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu?

Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku. Aku merintih, Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak
layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku? Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan
mengabaikanmu.Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala
rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian. Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu selama-lamanya.

AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI

1.Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.



9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.


"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Khamis, 30 April 2009

BUAT MUSLIMAH YANG RINDUKAN SYURGA..

Wahai Puteri lihat nun disana
Islammu kini ketandusan pembela
Bersama sendu mengalir lesu
Tertunggu-tunggu mujaddid baru
Kembangnya kini diulit sepi
Tiada lagi rijaludin sejati

Wahai puteri khidmatmu dinanti
Ummah derita engkau pengubatnya
Kelembutanmu penawar sengsara
Engkau penyeri islam dan tamannya
Tanganmu bakal mengongcang dunia

Namun ingat puteri Ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
Pembimbing diri dari thagut yang dibenci
Tuntutlah seikhlas hati

Wahai puteri
Teguhkan iman taqwamu dihati
Taqarrub billah tahta peribadi
Amalmu menjadi bukti
Sabarmu dikagumi
Pasrah pada Ilahi
Redha menghadapi mehnah rabb

Usah ditangisi takdir yang sudah pasti
Pengorbananmu pasti diberi balasan olehNya
Berbekal iman,taqwa,sabar dan redha
laluilah hari2 dengan keyakinan pada Ilahi

Berilmu beramal berkhidmat berjuang
Berkorban agar islam kan gemilang
Bersama Puteri Islam takkan sepi
Subur disirami harum mewangi...

Rabu, 29 April 2009

JAWAPAN YANG DICARI2 SELAMA INI

Alhamdulillah jawapan yang inginku cari selama ini telah ditemui..Moga diri ini akan tetap berada pada jalanNYA.Selama ini aku hampir terleka dengan janji2 yangku lafazkan..hampir terlupa dengan tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul..Moga Allah akan membimbing diri yang hina ini..diri ini dah banyak terleka dan alpa akan rahmat dan kasih sayangNYA..Sungguh kasih sayang dan Cinta Allah itu sangat meluas dan tak terjangkau dek fikiran kita..Betapa terasa kasih sayang Allah..sungguh Allah itu adalah tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang..Disaat2 kita terlupa dan terleka Dia menarik kita..sedangkan diri ini terlalu banyak kesalahan yang dilakukan..Kadangkala kita terasa lemah dan tidak yakin untuk melaksanakan amanahNYA dek kerana terfikir kita tak layak untuk berada disitu..Namun sebenarnya diri ni terlupa segala amalan dan dakwah tidak perlu untuk menunggu sehingga diri sempurna..Kita tak tahu bila saat2 kematian akan menjemput..apakah bekalan kita sudah cukup?Mampukah diri ini menghadapi Pencipta diri ini??sedangkan amalanku masih sedikit..bekalan diri,solat..puasa..amar maaruf nahi mungkar tidak cukup lagi..terlalu banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...namun diri ini leka selama ini..

Selama beberapa hari ini diri ini sentiasa memikirkan apa yang perlu diri ini lakukan..apa hala tujuanku..apa amalan dan bekalanku untuk hari akhirat..kemana diriku selepas ini?Adakah amalanku ini akan diterima Allah?Aku telah bertemu dengan seseorang yang telah mengingatkan aku kembali kepada janji2 ku padaNYA..beberapa persoalan yang sebelum ini aku tercari2 akhirnya telah bertemu jawapannya..Sungguh terasa kasih sayang Allah..Rasa amat bahagia sekali..Aku yakin akan Allah..Dia tidak akan mensia2kan hambanya..Moga diriku akan tetap berada pada JalanNYA..Ya Rabb..moga diriku sentiasa dapat merasai kenikmatan bercinta denganMU walaupun diri ini sedar terlalu banyak dosa dan kesalahan yang dilakukan..

pesanan

dunia ini hanya sementara..bila2 sahaja diri ini akan meninggalkan dunia yang fana..akhirat itu kekal abadi..setiap perbuatan,pertuturan kita ada yang sentiasa memerhati..keinginan terhadap dunia tidak kekal dan umpama hayat seekor kekatu..diri hendaklah sentiasa sedar bahawa amalan yang baik akan menjadi bekalan diakhirat..Jadilah diri yang sentiasa menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain..jadilah diri yang dimana2 kita berada islam akan semakin kuat...sunnah rasul itu akan terlaksana...