Isnin, 23 Februari 2009

tinta 23 februari 2009

Catatan perjalanan hari ini bermula seperti biasa..Malam tadi aku tak boleh lena dan melelapkan mata.Jasad terasa letih namun tidak mampu untuk tidur lena...Pelbagai persoalan bermain di kotak fikiranku..Tambahan pula pada keesokan harinya ada mid-term exam..Aku cuba untuk study namun tewas seketika..Lantas aku mengorak langkah mengambil kitab kesayanganku.Aku memeluk erat lalu mengucup hangat dan berharap kekuatan hadir.Isinya ku baca seketika..setelah beberapa ketika kekuatn datang semula..Syukur..Alhamdulillah..Lepas dari itu aku mula study tapi tak sampai sejam mataku berbinar2 tanda mengantuk..Lalu perlahan-lahan kepalaku mencecah bantal kesayangan berwarna hijau..bantal bucuk..hehe..

Seusai kelas pukul 9 aku balik ke bilik..Di kotak fikiran terbayang sisa makanan semalam yang di bekalkan oleh bonda..Aku merenung makanan itu lama sebelum memakannya..Disaat itu aku masih terasa kehangatan tangan bonda menyediakan makanan dan menyerahkannya padaku..Tiba-tiba teringat keluarga lantas aku mencapai telefon bimbit mendail nombor telefon insan yang aku sayangi..mencari sedikit kekuatan dan ingin merasa sokongan dan kata-kata semangat agar keserabutan fikiran pudar di saat ini..ingin mencari damai disaat fikiran bercelaru..Akhirnya bonda mengangkat telefon.Terdengar suara lembut dan penuh prihatin dari bonda..Sudah cukup membuatkan diri ini bersemangat kembali..cukup sekadar mendengar suaranya aku sudah ceria semula..hehe memang dari dulu bila aku berada dalam keadaan down aku akn mencari kekuatn pada orang tersayang..Aku akan cepat ceria selepas itu walu macammanapun serabut.hehe..

Setelah itu,aku mula menelefon ke kampung bertanya khabar datuk,nenek dan uda disana..Seperti biasa soalan yang lazim ditanya nenek bila aku akan balik ke johor..bila cuti dan macam mana aktiviti di kampus..aku hanya tersengih seperti dalam kodomo lion..hehe..tak tau nak bagi kepastian..Tapi aku berjanji dengan nenek akan balik ke kampung..Rindunya kat nenek.Teringat zaman kecik-kecik dulu..cucu paling manja dengan nenek..hehe..

Tidak cukup dengan itu aku akan menelefon makngah and paknagh pula..Memang aku menyediakn waktu khas seminggu sekali aku akan call nenek dan saudara yang lain..Nak tahu pasal khabar berita dari makngah yang tengah berpantang..Aku menunggu dengan penuh bersemangat dan rasa ingin tahu perkembangan sepupu dan makngah...Pabila telefon kedengaran..lantas suara pakngah kedengaran..kemudian diikuti suara teriakan dari adik-adik sepupu..keriangan mereka membuatkan aku begitu bahagia,hati terasa berbunga-bunga seperti mekarnya kelopak bunga mawar kesayanganku..Apalagi aku pun dengan nada riang akan bergurau dengan adik-adik sepupu..Tapi hati terasa sayu bila mereka bertanya bila aku akn datang ke batu pahat...Ikatan di antara kami sangat rapat..kasihku pada mereka semua amat mendalam..mana taknya aku telah hidup bersama mereka semenjak kecil lagi..sejak mereka berada didalam kandungan lagi..aku pula membantu bonda menguruskan mereka..mengasuh dan menjaga..kadang-kadang terasa macam ibu dan anak-anak..hehe..i love babies and i hope i will be excellent mum for my babies...Makgah aku dah dapat baby perempuan yang bernama nurus suhailina jannati..bestnya..jeng2 wait for me dear..Maknagah dan baby sihat tapi keadaan makngah sangat lemah.makngah ada sakit jantung dan tiroid..Moga cepat sembuh..

Petang pula aku dah selesai jawab exam..alhamdulillah selesai..tapi pada keesokan harinya ada presentation..huhu kena bentang topik nationalism..malam ni aku akan ada discussion dengan sahabat-sahabat..Moga Allah permudahkan setiap urusan Aminn...Disebalik setiap kesusahan akan ada jalan penyelesain dan kesenangan..seseorang biasanya tidak akn menghargai sesuatu jika ia tidak daptkannya melalui jalan yang berliku .Kesusahan akan membuatkan hidup lebih bermakna..Jadi bersemangat!!teruskan perjuangan..Jangan berputus asa!!Pasti boleh!!
MAKANAN DAN HIKMAHNYA DALAM ISLAM

Roti (khubz) Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila emakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun) Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah) Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn) Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz) Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya''ir) Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan) Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah) Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit) Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj) Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.Lobak merah Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah) Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda) Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ''leukoderma'' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj) Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini) Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta'') Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr) Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan) Terung hitambkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah) Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba) Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba'' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah) Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin) Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak) Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan

badanBawang putih (thum) Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.

"Minyak sapi (samn) Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

di petik dari http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1731667-makanan-dan-hikmahnya-dalam-islam/

untuk lebih lanjut sila lawat laman http://cdah3.multiply.com/journal