Ahad, 3 Mei 2009

Rintihan as-syaheed sheikh Ahmad Yassin

"Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?
Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).
Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku.

Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan."
"Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaumpun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah... Tiada satu kaumpun (di kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas... (Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, "Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!"
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (dalam keadaan melarikan lari) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."

"Ya Allah, kami mengadu kepadaMu... kami mengadu kepadaMu... kami mengadu kepadaMu... kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.
Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami..."

(Diterjemah dan dipetik daripada Web Palestininfo berbahasa Arab 8/9/2003)

MENCARI CINTA ALLAH

GADISKU..

MENCINTAI ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YANG HAKIKI DAN ABADI KERANA HATI YANG PECAH DAN RETAK APABILA DIBERIKAN KEPADA MAKHLUK PASTINYA AKAN BERTAMBAH RETAK DAN TERBURAI TAPI APABILA HATIMU DISERAHKAN KEPADA ALLAH SUDAH PASTI IA AKAN BERTAUT KEMBALI...DALAM SEUSIAMU SIBUKKANLAH DIRIMU DENGAN ILMU YANG MAMPU MEMPERTAJAMKAN AKAL DAN MAMPU MEMBINA SHAHSIAH MUSLIMAHMU...SESUNGGUHNYA ILMU ITU CAHAYA DAN ILMU TIDAK MAMPU BERTAPAK DALAM HATI ORANG YANG MELAKUKAN MAKSIAT.bUAT AKHIRNYA TERIMALAH KATA2 SEORANG AHLI SUFI..RABIATUL ADAWIYAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA:

cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk
seseorang insan kerana ia tidak kekal ..cintakan manusia seringkali
membuatkan seseorang itu gagal,kecewa,menderita dan terseksa..oleh itu tidak
ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang
kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri...


OLEH ITU CARILAH CINTA YANG HAKIKI YANG SERING KALI MANUSIA ALPA DAN LEKA..DUNIA HANYA SEMENTARA..TEMPAT PERSINGGAHAN MANUSIA ..DUNIA YANG ABADI SEDANG MENANTI KITA..BEKALAN UNTUK HARI KEMUDIAN HENDAKLAH DIFIKIRKAN..CARILAH REDHA ALLAH DALAM SETIAP AMALAN PERBUATAN..IKHLASKAN NIAT HANYA UNTUK ALLAH..MINTALAH PETUNJUK DARI ALLAH..MOGA DIA AKAN MEMBIMBING KITA KEARAH JALAN YANG DIREDHAINYA..WAALLAHUAK'LAM

Sabtu, 2 Mei 2009

CINTA ALLAH


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

PESANAN BUAT PUTERIKU SAYANG

Puteriku,
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpamu
Bahkan hati turut gerang
Malah fikiran pun tak menentu
Resah jadinya
Begitulah perlunya engkau wahai puteriku…

Puteriku,
Luluh hati dibelai jemari lembutmu
Tersentuh jiwa dengan kasih kudusmu
Lumrah engkau dicipta istimewa
Melengkap mana yang lompang
Manampal mana yang kurang
Itulah kuasa agung Maha Pencipta

Puteriku sayang,
Padamu lelaki memanggil bonda, dinda dan puteri
Keranamu dapur di rumah berasap
Lauk dan nasi terhidang untuk disantap
Saban waktu menghulur kasih mendidik zuriatmu
Patuhmu kau hulur pada insan berglar ayah dan suami
Baktimu kau hulur mengaburi cita-citamu
Kudus hatimu wahai puteriku


Tidak puteriku,
Amanah yang kau pikul bukan hanya
Untuk keluarga dan suami
Bukn hanya menjadi lembayung
Mencorak istana
Tetapi kau perlu keluar ke medan juang
Kau perlu membentuk watan berhati insan
Janagn biarkan bangsamu terus melentok lesu
Ayuhlah puteri persiapkan dirimu
Bukan esok, bukan lusa tapi sekarang




Namun puteriku,
Mampukah kudratmu menongkah arus
Menabur bakti di luar kepompong duniamua
Kau insan berhati salju
Mudah cair dibahang kemelut
Akalmu senipis sutera
Mudah dicarik segala dusta
Berjayakah engkau puteri…


Puteriku,
Mengapa kau sangsi dengan upaya diri
Pastinya tiada istilah srikandi jika bukan untukmu
Ubahlah minda anjaklah paradigmamu
Buahkan rahim lembutmu yang
Mengandungkan lelaki teja
Bukankah tangan lembutmu yang
Mengasuh pemimpin bangsa
Percayalah puteriku….
Kau mampu berganding menjadi
Benteng negara
Paculah akal budimu
Kenal diri kenal penciptanu
Agar kau tidak tewas tersungkur
Kerana jatuhmu jatuhlah nusa

Ya puteriku sayang,

Lengkaplah dirimu dengan ilmu dan nilai-nilai budi
Binalah benteng diri sebelum engkau melangkah
Kau punya kekuatan menggoncang dunia
Kerana selayaknya kau bukan hanya di
Dapur tetapi di medan tempur
Bangunlah puteri….
Untuk anak dan cucu cicitmu
Agar generasi muka punya jati diri yang gemilang
Bukan pak kadok yang bersorak
Bangga tapi kampung tergadai

Jumaat, 1 Mei 2009

SUATU HARI...

"Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang
melihat mentari terbit. Aaah..

kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati.
Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku. Aku menjawab, Sudah tentu!Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Diabertanya
lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu. Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan
buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab,Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun
begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah. Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?

Bagaimana mungkin bagiku mendengar jikaaku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga;tetapi menggunakan hati. Aku jawab,Walaupun takdir itu amat berat bagiku,namun aku akan tetap menyintaiMu. Dia
menyambung lagi persoalanNya,Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu. Aku tertanya lagi,bagaimana aku boleh memuji tanpa suara.Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting
bagaimanakah bunyinya.

Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap memujiMu. Dan... Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar
menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab denganyakin, Ya, benar Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar. Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terusbertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa kamu masih melakukan dosa. Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan
maksum.

Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu?DanKenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada
aku;kamu datang dekat dan merayu kepada aku.Aku tidak mampu berkata-kata.Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia
kepadaKu? Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. Mengapa kamu malu kepadaKu?Mengapa kamu tidak mahu menyebarkansuruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimikamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi
peluang untuk berkhidmat di jalanKu? Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah
perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyaijawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar
berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada
apa yang kutemui sebagai jawapan.


Dia berkata-kata lagi... Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali akuberkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya
ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara. SambungNya lagi,Kini... adakah kamu menyintaiKu.Akutidak mampu menjawabnya lagi.Bagaimana harus aku jawab persoalan
ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama
ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu?

Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku. Aku merintih, Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak
layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku? Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan
mengabaikanmu.Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala
rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian. Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu selama-lamanya.

AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI

1.Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.



9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.


"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Khamis, 30 April 2009

BUAT MUSLIMAH YANG RINDUKAN SYURGA..

Wahai Puteri lihat nun disana
Islammu kini ketandusan pembela
Bersama sendu mengalir lesu
Tertunggu-tunggu mujaddid baru
Kembangnya kini diulit sepi
Tiada lagi rijaludin sejati

Wahai puteri khidmatmu dinanti
Ummah derita engkau pengubatnya
Kelembutanmu penawar sengsara
Engkau penyeri islam dan tamannya
Tanganmu bakal mengongcang dunia

Namun ingat puteri Ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
Pembimbing diri dari thagut yang dibenci
Tuntutlah seikhlas hati

Wahai puteri
Teguhkan iman taqwamu dihati
Taqarrub billah tahta peribadi
Amalmu menjadi bukti
Sabarmu dikagumi
Pasrah pada Ilahi
Redha menghadapi mehnah rabb

Usah ditangisi takdir yang sudah pasti
Pengorbananmu pasti diberi balasan olehNya
Berbekal iman,taqwa,sabar dan redha
laluilah hari2 dengan keyakinan pada Ilahi

Berilmu beramal berkhidmat berjuang
Berkorban agar islam kan gemilang
Bersama Puteri Islam takkan sepi
Subur disirami harum mewangi...

Rabu, 29 April 2009

JAWAPAN YANG DICARI2 SELAMA INI

Alhamdulillah jawapan yang inginku cari selama ini telah ditemui..Moga diri ini akan tetap berada pada jalanNYA.Selama ini aku hampir terleka dengan janji2 yangku lafazkan..hampir terlupa dengan tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul..Moga Allah akan membimbing diri yang hina ini..diri ini dah banyak terleka dan alpa akan rahmat dan kasih sayangNYA..Sungguh kasih sayang dan Cinta Allah itu sangat meluas dan tak terjangkau dek fikiran kita..Betapa terasa kasih sayang Allah..sungguh Allah itu adalah tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang..Disaat2 kita terlupa dan terleka Dia menarik kita..sedangkan diri ini terlalu banyak kesalahan yang dilakukan..Kadangkala kita terasa lemah dan tidak yakin untuk melaksanakan amanahNYA dek kerana terfikir kita tak layak untuk berada disitu..Namun sebenarnya diri ni terlupa segala amalan dan dakwah tidak perlu untuk menunggu sehingga diri sempurna..Kita tak tahu bila saat2 kematian akan menjemput..apakah bekalan kita sudah cukup?Mampukah diri ini menghadapi Pencipta diri ini??sedangkan amalanku masih sedikit..bekalan diri,solat..puasa..amar maaruf nahi mungkar tidak cukup lagi..terlalu banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...namun diri ini leka selama ini..

Selama beberapa hari ini diri ini sentiasa memikirkan apa yang perlu diri ini lakukan..apa hala tujuanku..apa amalan dan bekalanku untuk hari akhirat..kemana diriku selepas ini?Adakah amalanku ini akan diterima Allah?Aku telah bertemu dengan seseorang yang telah mengingatkan aku kembali kepada janji2 ku padaNYA..beberapa persoalan yang sebelum ini aku tercari2 akhirnya telah bertemu jawapannya..Sungguh terasa kasih sayang Allah..Rasa amat bahagia sekali..Aku yakin akan Allah..Dia tidak akan mensia2kan hambanya..Moga diriku akan tetap berada pada JalanNYA..Ya Rabb..moga diriku sentiasa dapat merasai kenikmatan bercinta denganMU walaupun diri ini sedar terlalu banyak dosa dan kesalahan yang dilakukan..

pesanan

dunia ini hanya sementara..bila2 sahaja diri ini akan meninggalkan dunia yang fana..akhirat itu kekal abadi..setiap perbuatan,pertuturan kita ada yang sentiasa memerhati..keinginan terhadap dunia tidak kekal dan umpama hayat seekor kekatu..diri hendaklah sentiasa sedar bahawa amalan yang baik akan menjadi bekalan diakhirat..Jadilah diri yang sentiasa menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain..jadilah diri yang dimana2 kita berada islam akan semakin kuat...sunnah rasul itu akan terlaksana...

Ahad, 12 April 2009

PETUA DI DAPUR 3

Petua mencuci kerang
Kerang jika tidak dicuci bersih akan mendatangkan rasa yang kurang enak dalam masakan.Bagaimanapun jangan bimbang kerana ada cara membersihkannya.Caranya ialah masukkan kerang bersama sedikit hampas kelapa dan gaulkan bersama sedikit air.Apabila kekotorannya hilang,cuci semula kerang tadi.Hasilnya kerang tadi akan enjadi putih dan bersih.

Sambal tumis lebih enak
Sambal tumis pasti enak rasanya jika anda mencuba petua ringkas ini.Semasa menumis sambal,cuba anda masukkan sedikit hampas kelapa ke dalam masakan anda tadi.Gaul seperti biasa,setelah masak angkatlah sambal tumis tersebut.Rasalah keenakannya.

Donat tetap lembut
Jika donat keras,Bungkuskan donat itu dengan pembalut aluiniumdan masukkan kedalamketuhar gelombang selama30-40 saat.Keluarkan dari ketuhar dan bolehlah dihidangkan dengan pes coklat atau gula aising.Kita juga boleh menggunakan kaedah kukus selama 5-10minit.

Kuih bahulu
Kuih bahulu adalah kek span yang menggunakan telur yang banyak dan minyak yang sedikit.Semasa memasak,tidak perlu api diatas kerana ketuhar moden memang direka kepanasannya disekeliling ketuhar.Yang penting ia pantas.Bahulu yang ringan adalah hasil daripada pemukulan telur hingga kembang dengan memasukkan sedikit gula sebelum tepung dikaup balikkan kedalamnya.Kemudian masukkan sedikit mentega cair supaya bahulu lebih enak.Gunakan 75gram mentega cair bagi setiap 5biji telur.

Khamis, 2 April 2009

PETUA DI DAPUR 2

Kopi lebih enak
Bancuhkan sebuk kopi dengan memasukkan sedikit gula merah.Air kopi kegearan anda pasti akan terasa lebih enak bila diminum

Merangupkan bawang goreng
Jika anda gemar menggunakan bawang goreng sebagai hiasan atau penambah rasa dalam masakan,cubalah petua mudah ini,Bawang merah yang telah dihiris hendaklah digaulkan dengan sedikit garam,kemudian ketepikan untuk setengah jam,Masak ia dengan suhu yang rendah sehingga kuning.Ingat,bawang ini ia akan terus masak sedikit apabila kita angkat.Jadi jangan masak terlalu lama.Kemudian letakkan ianya kedalam kertas.Hasilnya bawang akan menjadi lebih rangup dan tahan lama.
Hilangkan gatal sayur keladi
Masukkan 3 atau 4 keping asam keping semasa mencelur batang keladi yang telah dipotong dan dibersihkan.Biar batang keladi tiga suku masak,barulah diangkat dan diketepikan.Kemudian bolehlah dimasak sayur keladi itu mengikut citarasa anda.

Melembutkan daging
Bagi anda yang tidak mempunyai epressure cookeri untuk memasak daging,jangan takut jika daging yang dimasak menjadi keras dan liat.Sebalikknya ambillah sebiji buah kiwi lalu dikisar,kemudian peraplah bersama sekilo daging dan barulah dimasak

Memastikan bijan lekat pada kuih
Setelah bijan disalut pada kuih,pastikan kita terus menggorengnya.Kerana apabila ditunggu lama,kuih akan kering dan bijannya gugur.

Bagaimana menggantikan serbuk agar-agar
Gantikan serbuk agar-agar dengan 10gram agar-agar kering bagi menggatikan 1 sudu makan agar-agar serbuk

Melemakkan pulut
Rendam pulut semalaman dan kemudian masak dengan air kelapa.Pastinya rasa pulut lebih menyelerakan.

Sabtu, 28 Mac 2009

PETUA DI DAP[UR 1

PETUA DI DAPUR

Gulai terlebih masin
Gulai terlebih masin pasti memberi masalah kepada suri rumah.Untuk mengatasi masalah ini,anda boleh mencuba petua ini.Apabila gulai hendak mendidih,tutup gulai anda dengan tudung periuk selama beberapa minit.Biar wap air naik ke tudung periuk dan kemudian buka tudung periuk tersebut.Cuba rasa gulai anda.Rasanya pasti sudah tidak masin lagi seperti tadi

Membersihkan siput sedut
Tahukah anda bagaimana cara mudah untuk membuang lender dan kotorannya?Caranya mudah sahaja.Masukkan cili kering,garam dan asam keping kedalam satu bekas air.Kemudian campurkan siput sedut kedalam bekas tersebut dan rendam semalamanSiput sedut pasti terasa lebih enak bila dimakan.

Kacang panjang tahan lebih lama.
Kacang panjang jika tidak mahu cepat layu hendaklah direndam kedalam air yang sejuk dan dimasukkan kedalam peti ais.InsyaAllah kacang panjang akan jadi lebih segar.

Cara memilih kelapa tua
Kelapa tua yang banyak santan boleh diketahui dengan melihat tempurungnya yang berwarna coklat.Ia seharusnya tidak retak dan muda.Mempunyai mata kelapa yang kelihatan segardan tidak berair.Apabila digoncang,airnya tidak bergolak.Jika goncangannya kurang,ini bermakna kelapanya belu tua.

Udang tahan lebih lama
Udang yang disimpan lama didalam peti ais pastinya akan menjadi hitam dibahagian kepala dan kulitnya.Untuk menjadikan udang tahan lebih lama,capurkan udang terebut dengan perahan air limau nipis.Simpan kedalam peti sejuk untuk beberapa hari.

Melazatkan tauhu goring
Sebelum menggoreng,rendam tauhu didalam santan yang telah diletakkan serbuk perasa selama 10 minit.Angkat dan goring tauhu tersebut.

Selasa, 24 Mac 2009

DIARY SEORANG KAKAK 1


Kemana hilangnya diriku?

Minggu ni sepatutunya aku kena menghadiri 1 program.Tapi ada beberapa halangan yang terpaksa aku hadapi menyebabkan aku terpaksa membatalkan hasratku..Perancanganku ,mungkin bertukar ke rumah anak yatim.Tapi aktiviti ini bermula pada waktu malam,Program ni pun sebenarnya tak pasti lagi.Nampaknya kalautakjadi juga kena habiskan masa bersama roommate…..hehe.ni.emm..bercerita tentang bilik di asrama..Pada asalnya aku tinggal di blok F mahalah.Tapi atas masalah pengurusan asrama kami terpaksa berpisah..semua kawan2 ku ada di blok f.Aku pula kini terpaksa dicampakkan ke blok c dan kemudian ke blok b.Perpindahan blok ni menyebabkan aku berasa sangat malas nak keluar kemana-mana.Hanya memerap dibilik.Sem lepas dan sem kali ni aku lebih gemar memerap dibilik dan berada dirumah. Boleh dikatakan 60%-70% kehidupanku pada kali ni berada dalam zon ni.Tidak seperti sem-sem yang lalu.90%kehidupanku di luar bilik..Keluar pukul 7.30am ,balik bilik pukul 11pm.Bilik hanya tempat untuk tidur dan menyalin pakaian sahaja..Jadualku dahulu sangat padat dengan aktiviti.setiap minggu pasti tak lekat di bilik.Hari minggu aku akan keluar pergi program di rumah anak yatim,menjadi fasilitator,menghadiri daurah,ke kampong orang asli,pi rumah ateh,mengajar,berniaga dan lain-lain..Jarang sekali balik kerumah.Sampai adik-adik merajuk..dulu,aku cuba fahamkan mereka..akak kena buat macam ni sebabnya,akak masih belajar dan kalau boleh biarlah masa yang akak ada sekarang digunakan sepenuhnya untuk mempertingkatkan ilmu serta membuat sesuatu....

Tetapi sem kali ni, jiwaku seperti ingn melarikan diri dari kehidupan dulu buat seketika..Ingin mencari ketenangan dan focus pada keluarga.Sejak dari tingkatan 5,masuk matric,sehingga masuk UIA Gombak aku banyak menghabiskan masa dengan aktiviti persatuan..Jarang balik kerumah walaupun rumah hanya di KL.Setiap kali keluarga melancong,makan besar,balik kampong,atau mengadakan perhimpunan besar keluarga,akulah orang yang sering kali tiada.Sampai keluarga merajuk dan menegurku..saudara mara dan sepupu-sepupupun kadang-kala merajuk juga..Ketahuilah…sebenarnya hati ini sangat rindu dan sayangkan kalian semua.Manakan tidak kalian semua akak pernah jaga,asuh,mandikan,tukar lampin,bermain bersama dan masa akak banyak dihabiskan bersama kalian semua.. Cuma,diri ini perlu meneruskan perjuangan..Akak dah berjanji…dan janji itu perlu ditepati walaupun orang mepertikaikan jalan yang akak ambil..Hati akak sebenarnya tersangat merindui dan teramat menyayangi kalian.Tapi itulah pengorbanan yang akak terpaksa buat pada ketika dulu.Kadang-kala kita terpaksa mengorbankan benda yang kita paling sayang dan mengenepikan perasaan sendiri untuk satu perjuangan…

Suatu hari,hatiku betul-betul tersentuh dengan kata-kata mak dan abah..mereka meminta aku berada dirumah,mengawasi perkembangan adik-adik yang semakin membesar..menemani mak..bersama adik-adik..,menjaga atuk yang dah semakin uzur...Selepas sesi luahan perasaan itu aku mengalirkan air mata..sedih dan sayu..aku duduk dekat kl sahaja.tempat belajar di kl juga.anak dan cucu perempuan sulung..keluarga mengharapkan diriku berada dirumah..walaupun mereka menyokong dan memahami diriku untuk meneruskan perjuangan tetapi tenagaku dan kehadiranku juga diperlukan dirumah..lagipun kata mak aku anak perempuan..kalau boleh dia nak aku bersama mereka walaupun aku dah bekerja nanti..Selagi tak berkahwin..Aku tahu,sahabat-sahabat disini ramai berada jauh dari keluarga,mereka banyak berkorban perasaan dan menhabiskan banyak masa dikampus.Tetapi kadang-kala bila kita berada berhampiran dengan keluarga.Rasa tanggungjawab terhadap keluarga itu menebal.Tambahan pula diri ni merupakan anak dan cucu sulung keluarga.perasaan tanggungjawab untuk menjaga dan bersama keluarga meluap-luap.lagi-lagi bila keluarga mak dan bapa saudara,semua sepupu yang pernah aku jaga duduk satu blok dan berhampiran je.

Bila duduk dirumah,hatiku sangat damai dan seronok....Mana taknya..aku dapat buat benda yang aku minat ..Sebenarnya ada 2 cara untuk aku mencari kedamaian1)cara rohani,baca Quran,zikir,solat.dll…2)cara fisikal…pertama aku akan cari baby dan budak-budak kecil..memanglah aku ni terlalu minat kanak-kanak.bila tengok muka kanak-kanak ni je..serta-merta hilang stess..kedua, aku biasanya akan memasak..suka sangat sebenarnya memasak walaupun takdelah pandai sgt memasak pun..mungkin terpengaruh dengan keluarga mak kot sebab keluarga mak banyak terlibat dalam bidang bisnes masakan dan makanan….Ketiga bila takde semua benda ni barulah aku akan cari light reading dan keluar jalan-jalan dengan family...seronok sangat bila dapat buat semua benda ni pada sem ni..terutama memasak..Kat kampus takleh nak masak..hu3 ..tapi kalau nak masak kat luar segan dan malu sangat.Kat rumahlah gelanggang yang terbaik..hehe

Dirumah juga best sebab kita dapat curahkan ilmu kita untuk didik adik-adik dan sepupu yang masih kecil..Yang besar,pula saling tukar pandangan dan ilmu yang dipelajari dikampus dan sekolah.Sebenarnya rasa lebih puas dan seronok bila kita dapat mencurahkan ilmu kita pada keluarga sendiri.Lagipun aku perlu memantau perkembangan adik-adik..Taknak ada di antara kami yang hanyut dalam arus metropolitan yang dipenuhi budaya kuning.Bila tengok keadaan sekarang..sangat membimbangkan.Dibawah rumah sahaja dah menakutkan.Pergaulan bebas dan ada juga ramai budak-budak nakal.Takut dan perasaan sayang pada adik2 menyebabkan aku sentiasa menasihati mereka.Adik2 perlu diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup agar mereka dapat merasakan diri mereka ada yang sayang dan prihatin..Aku percaya dengan kasih sayang dan berbekalkan ramuan formula bimbingan yang Islam ajar, kita dapat membentuk seseorang menjadi lebih baik..emm..tapi aku tahu aku sendiripun terlalu banyak kelemahan dan sering kali melakukan kesilapan..tapi Aku mahukan kami semua berjaya..berjaya dalam pelajaran,hidup dunia dan akhirat...

Isnin, 23 Mac 2009

lawatan ke Sg.Buluh

Hari Sabtu 20 mac 2009 ni aku sempat pergi lawatan ke sg.Buluh under ccac.Seronok juga bila ada peluang melihat perkembangan bisnes orang melayu dalam bidang penternakan.Disini,ada satu perkampungan melayu yang berasakan perniagaan.Disepanjang jalan kami kesini,kiri dan kanan penuh dengan hiasan lanskap,gerai-gerai,nursery dan tak kurang juga yang terlibat dalam bidang seni andaman dan penternakan.Seronok melihat masyarakat peniaga melayu.Klau ditempat lain agak sukar nak jumpa masyarakat yang sebegini.

Tujuan kami ke sini sebenarnya adalah untuk melihat dan mempelajari seni berniaga dalam bidang penternakan.Di sepanjang lawatan,kami didedahkan dengan teknik penjagaan binatang ternakan seperti cik embek,mooo,eikkk,kuek2,sssss dan lain2.Disini,binatng utama yang diternak adalah kambing seperti jenis kambing daripada baka saneen,dolpherd,kampung,biri,dan lain2.Pendek kata kebanyakan daripada baka dunia berada di sini.Bukan sahaja mereka menternak kambing malahan,rusa,kuda,kerbau,itik,ular,burung dan pelbagai jenis spesis lain untuk tujuan komersial diternak.

Apa yang paling menarik perhatian aku di sini ialah kambing.Kali ini aku berjaya menyentuh kambing.selama ini aku tidak berani untuk mendekati binatang ini lantaran aku pernah ada pengalaman tudungku diragut oleh kambing masakecil dulu..hehe.. ketika tu aku memakai tudung berwarna hijau.Jadi cik2embeeek ni pun ragutlah tudung ni.mungkin sebab ingat tudung ni makanan diorang kot..sejak tu terus takut nak dekat dengan kambing..hehe..Tapi kali ni aku amat senang untuk mendekati kambing2 disini.Satu yang terlintas dikepalaku rupa2nya kambing2 ni ada ciri2 kucing!!EMMM..bila berada di sini baru aku sedar bahawa kambing ini mempunyai sifat yang penyayang dan sensitif.Mereka seolah2 faham jiwa orang yang berada berhampiran mereka.Justeru untuk menjaga kambing, kita kena ada sifat penyayang dan lembut semasa menjaga mereka.Menjaga kambing perlukan kesabaran yang amat tinggi.Kambing merupakan binatng yang amat emosional.Nak tau tak..kalu kita heret,tendang dan maki hamun kambing..tak lama lepas tu 2 atau 3 hari kemudian matilah kambing tu..kambing jadi stresssssssss..huhu..bila tahu pasal ni aku tetiba tergelak..Yelah first time dengar kambing stress mati secepat tu..

Disini,aku terus terpikat buat pertama kali dengan seekor kambing yang berwarna hitam..huhu..comel betul..so cuuuteee..tambahan pulak kambing ni sangat manja.suka main acah2.eh eh eh...cak2..kami pun apalagi bergambolah dengan kambing ni..yang pelik macam kambing ni suke bebenor amik gambo..hehe..aku rasa aku akan rindukan kambing ni nanti..

Emm..berdasarkan kajian yang aku baca,susu kambing merupakan susu terbaik didunia.ranking first sekali.tempat kedua barulah susu ibu.ini berdasarkan kandungan nutrien yang terdapat dalam susu kambing.Kandungan kalsium dalam susu kambing amat tinggi..Jadi kalau perempuan yang dah nak monopous atau hamil amat digalakkan untuk meminum susu kambing..Bagi penderita sakit lutut terutama orang yang sudah tua,amat digalakkan untuk meminum susu kambing.Selain dari tu,susu kambing ini dapat memulihkan sakit hepatitis,demam kuning dan sebagainya..Huhu sangat banyak sebenarnya jika nak diceritakan tentang susu kambing ini.Jadi tak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW mengembala kambing.Mesti ada hikmah di sebalik perancangan Allah..Allah tidak akan membuat sesuatu itu dengan sebab hanya untuk main2 dan saje2..di setiap kejadian dan peristiwa pasti ada hikmahnya.

Tapi bermula pada sem ini,aku telah berusaha untuk meminum susu.Selama ni sebenarnya aku meupakan seorang yang sangat fobia pada susu.Alah pada bau susu.bila terbau susu rasa macam nak termuntah.Kalu minum lagilah..mesti termuntah.Tapi nothing is imposible jika kita ada kemahuan..kita boleh lakukan..yang penting think positive!!Aku cuba untuk membuang segala fobia..Hehe..mula2 cara nak hilangkan fobia,aku makan chessecake dan piza dulu..Lepas tu start makan burger dan sandwich yang ada keju..pendek kata aku bermula dengan makanan yang berasaskan tenusu dahulu.kemudian aku start dengan milo susu,sedikit demi sedikit cuba bertukar kepada susu.Alhamdulillah berjaya!!hhuhu..Tapi still kena tutup hidung dulu lah masa minum.pastu kena sedia air masak and madu kat tepi..Dan aku sekarang setiap hari cuba biasakn diri dengan susu..yang bestnya aku dah boleh minum susu kambing..bestnya.sodap!!

pesanan untuk hari ini:

Nothing is imposible..Jika ada kemahuan kita boleh berjaya dan buat..hidup memang penuh dengan rintangan.tapi rintangan itu sebenarnya manis..Tanpa garam,masakan tidak akan menjadi sodap..gabungan masam,masin,pahit,manis akan menjadikan makanan lebih bervariasi dan lazat.Yang penting,bagaimana pemikiran kita yang mengadunnya..

Sabtu, 21 Mac 2009

MASJID

Aku kini sedang memikirkan tempat yang paling sesuai untuk aku study pada sem ini untuk final exam..setelah mengambil kira aspek lain dan situasi..aku mengambil keputusan untuk belajar di masjid sepanjang minggu exam.tapi kali ni takdelah sampai tidur di masjid..mungkin dalam pukul 11 aku akn balik ke bilik semula dan sambung pada keesokan paginya..Biasanya aku akn berpakat ramai2 dengan rakan-rakan yang lain untuk study bersama2 di sini..kami akan bersama2 study walaupun berlainan kos dan kuliah..Bila buat begini semakin rasa bersemangat nak study..Masing2 akan memberi kekuatn dan motivasi untuk study..jika ada sahabat yang terleka dan tidak memahami subjek..masing2 akan cuba sedaya upaya untuk menolong..disinilah terasa kekuatan ukhwah dan kasih sayang semakin erat..terlalu banyak kenangan aku di masjid sejak kecil..masjid amat bermakna dalam kehidupanku..

sem lepas aku tidak study di masjid.lebih banyak menghabiskan masa di kamar tidur..aku banyak menghabiskan masa bersama2 roomateku..satu2nya roomate yang aku ada sem lepas..huhu kami berdua terpaksa di campakkan ke blok b atas masalah pengurusan asrama..huhu..tinggallah hanya kami berdua disini..depan blok kami hutan..di blok ni dulu tak ramai orang sangat..macam sunyi je..huhu scary beb..mula2 duduk dulu rasa seram sejuk,meremang gak bulu roma..takut nak tengok kat tingkap waktu malam..aku tak sanggup tinggalkan kawanku kesorangan.lagipun aku yang mengajak dia tinggal bersamaku...hehe dulu aku memang tak lekat kat bilik.tapi start sem lepas terus terperap di bilik..best gak..hehe..roomate pun baik dan kamcing..thank you yong..May Allah Bless you.arigatou gozaimas..

Jumaat, 20 Mac 2009

tinta 20mac2009

Salam ceria semua..Have a nice day with Allah in your heart!!!Have a fun day..hari ini aku akan balik ke rumah jap..pastinya ada sesuatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dirumah..lagipun kawan-kawan dah cop nak jumpa.kenalah tunaikan permintaan diorang..emm..tambahan lagi ada seorang sahabatku nak join persatuan NGO dan minta pandangan serta bantuan..aku perlu bantu dia berjumpa dengan orang yang incharge biro pengambilan peserta baru..yang mengembirakan aku dia berminat untuk join program2..ada juga budak2 sekolah aku yang join progrm ni..seronok juga,,ahlan wasahlan..aku tetap akan menyokongmu.keep up!!

Bila balik ke rumah,perkara biasa yang aku akan lakukan adalah discussion dengan family..kadang2 mengambil masa sampai 4jam.tu belum masuk kalu dengan adik2,makcik,pakcik,kawan2 and kucing??..hehe..compius...huhu..bila dah berborak tak ingat dunia..biasanya aku akan tidur lambat..pukul 3pagi bila kat rumah..sedari kecil aku sangat suka discuss dengan abah and mak tentang apa2 sahaja..yang pasti ada selalu mesti pasal topik tentang family ,adik2 dan hal ehwal semasa..Abah dan aku pasti akn menghabiskan masa berbincang tentang masa depan adik2,family dan cara pendekatan yang terbaik untuk mendidik adik2..aku juga perlu pantau perkembangan adik2..aku nak adik2ku semuanya berjaya menjadi anak2 dan generasi yang soleh dan berguna..seperti mana kata2 sultan Al-Fateh:kekuatan dan kejayaan itu akan datang melalui kekuatn ruhiyah yang kuat..Dan yang pasti aku kena menjadi kuat dahulu untuk berjaya..berdisiplin!!..aku mesti jadi seorang yang sangat berdisiplin sekarang..Jika kita inginkan kejayaan mesti sacrifice(for my self-remember!!)

Perkara pertama yang aku perlu lakukan sekarang adalah tepati masa dan think for priority...Aku tak mahu lagi emosi dan masalah mengalahkan diriku sehingga sometime menganggu benda lain..aku boleh kawal benda ni..yang penting kita adalah apa yang kita fikirkan ..think positive..jadikan pressure sebagai motivator dan kekuatan..lagipun aku perlu jadi kuat..huhu..bila menulis begini..aku semakin bersemangat..InsyaAllah aku mampu menghadapinya..aku yakin dengan Allah.Dia pasti akan membantuku..

pesanan:

Ingatlah dunia ini hanyalah sementara..umpama perlabuhan kapal yang singgah sebentar..jika kita ketingggalan kapal..ia akan terus meninggalkan kita..jauh dan semakin jauh!!! amalan yang baik akan menjadi kekuatan..dunia jika semakin dikejar semakin lari..tapi akhirat jika kita kejar semakin dekat..di situlah ketenangan yang hakiki..itu adalah antara pesanan dari abahku..ok..salam sayang dariku buat semua...

Selasa, 17 Mac 2009

tinta 17 mac 2007

Alhamdulillah semuanya ok hari ini..huhu..minggu ini aku akan balik umah..tak sabar rasanya nak jumpa kawan-kawan lama..Nak tengok muka-muka babies yang cute2..nggggeeee...dan yang paling best mestilah dapat tengok muka orang tersayang..menyakat adik-adik kat umah.Huhu dah 4minggu takleh nak tido malam.siang2 dah jadi cam zombi pi kelas.Mata tak tau eden nak kata laguk mane..bengkak..hehe..nasib badan..

Anyway,exam nak dekat..tapi tak ulangkaji lagi..duk pi sibuk siapkan asignment.Emm..rindu rasanya naktengokberita kat tv dan baca akhbar tiap2 hari..yang paling rugi terlambat isi borang JQAF untuk pengambilan tahun depan..diriku2..lain kali kena alert tau!!!EMM..kalu ikutkan abah suruh ambo kije dengan KAGAT.Dari matrik lagi abah dah suruh amik wataniah.Huhu..tapi ambo tak minat..mula-mula memang nak ikut je cakap abah.tapi mungkin takde rezeki..banyak kekangan..Jadi tak jadi amik sampai sekarang..

Emm..apa ambo nak wat ek cuti minggu ni.Rasa nak pi program je..Huhu..suka sangat pi program sampai orang rumah merajuk...hehe..dari matrik sampailah tahun 3 di main kampus tak lekat kat umah sangat..Masa banyak di habiskan dengan kuliah,program and kelas2 tak formal..keluar bilik kul7.45 pagi balik bilik kul 12 malam..tidur kul 1 pagi..Tapi tu dulu..sekarang dah lain..Masa banyak di habiskan dengan family atas permintaan mak,abah serta adik-adik..termasuklah makcik and sepupi2..hehe..ngeee3x.Start sem lepas ambo selalu balik umah..Tiap-tiap minggu wajib balik!!!This is my promise for my family.huhu

Anyway chayok3x!!!bersemangat untuk Belajar..Exam nak dekat..

Isnin, 16 Mac 2009

tanda-tanda sakit yang kita rasakan berhubung dengan fungsi badan yang lain

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNGHidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
Bibir pucat - Sistem penghadaman yang lemah, Perut mengandungi angin, Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sendi
Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA. Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA - Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
BISUL TERJADI DI KEPALA - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

RASA PENING YANG MEMUSING - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG/LIDAHLOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.MUNTAH DARAH - Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan, Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCINGKERAP KENCING: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yangAIR

KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.AIR

KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.AIR

KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang
berlaku.AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESARCIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.NAJIS BERDARAH - Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADANRASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.- Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.- Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.- Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.

SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Rabu, 11 Mac 2009

Tinta 11 mac 2009

Alhamdulillah pada 6-9 mac yang lalu kami telah berjaya sampai ke kampung segar,gua musang kelantan..Kami bertolak pada pukul 11malam dengan menaiki land rover,pajero,jip dan 1 van.Perjalanan kami memakan masa selama lebih kurang 8jam merentasi gunung-ganang,jeram,tanah lumpur dan sebagainya..Aku menaiki pajero yang dipandu oleh senior..bersama-samaku terdapat rakan-rakan dari persatuan lain..Mereka sangat mudah mesra..ditambah lagi dengan keletah pelajar-pelajar dari indonesia..

Lebih kurang pada pukul 4pagi kami sampai di kampung pauh..perkampungan orang asli..berhenti seketika untuk berehat sebentar melepaskan lelah dan tidur seketika sementara menanti subuh..Tidur kami hanya beralaskan sleeping bag dalm kegelapan dan kesejukan yang mencengkam hingga sum-sum tulang..Walaupung aku memakai 3lapis pakaian namun kesejukannya tetap terasa.tapi dek terlalu letih kerana memang sebelum ini sudah beberapa minggu kekurangan tidur lalu dengan mudah aku terus terlena hingga pukul 6.30 pagi..Selepas pukul 7lebih.encik syamsul bersama-sama peserta lelaki yang lain bertungkus lumus mengambil peralatan memasak lalu disumbatkan ke dalam land rover..Huhu..pajero kami berbau ikan masin,bercampur aduk dengan bau-bau yang pelbagai..

Sebaik sahaja kami sampai kekampung segar..hatiku penuh dengan kesyukuran..Dalam hati terasa bahagia dengan nikmat kurniaan Allah..Terasa tekanan hilang seketika sebaik sahaja kakiku menjejaki tanah di kampung segar..Difikiranku..dakwah itu lebih penting..aku akan lupakn semua benda dan seolah-olah datang suatu kekuatan ruhiyah..Benarlah bila kita menolong agama Allah,Allah akan menolong kita..Di sepanjang program,aku banyak berfikir tentang diri dan hakikat kehidupan..Kedaifan dan kekurangan masyarakat orang asli di sini mengingatkan daku pada susur sirah rabiatul adawiyah dan hasanul basri serta abdul Qadir Jailani..Watak figur dalam ilmu sufi..Disinilah menyebabkan semangatku untuk mempelajari dan mengetahui ilmu tasawwur dan sufi berkobar-kobar..

Apa yang membezakan theology and tasawwur?Theology adalah satu ilmu untuk mencari bukti-bukti kewujudan Allah dengan mencari even beratus-ratus dalil dan bukti bahawa Allah itu wujud..Mencari tentang hakikat ketuhanan..Tasawwur atau sufism pula lebih menekankan kepada penyucian jiwa dan hati..lebih kepada bagaimana caranya kita hendak mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadah dengan amalan-amalan seperti puasa,berzikir,solat dan pelbagai amalan-amalan yang tidak bertentangan dengan syariat Allah..Ada ulamak dan ahli falsafah yang mentakrifkan suatu hadis yang menceritakan tentang islam,iman,ihsan dan hari kiamat sebagai:

Islam:berkaitan dengan ilmu fiqh dan ibadah
Iman:berkaitan dengan aqidah dan ilmu tawhid
Ihsan:berkaitan dengan sufism

Bila bercakap tentang sufism aku tertarik dengan karangan imam Al-Ghazali dalam Ihya ulumudin..Idea-ideanya sangat bernas dan karangannya betul-betul menyentuh jiwa..Imam ibn Qayyim juga begitu..Karangan mereka benar-benar membuatkan diriku terasa tenang..Sedari kecil aku amat ,meminati watak rabiatul adawiyah dan salehudddin al-Ayubi..Mungkin juga figur kesayanganku antara salah satu sebab yang mendorong aku untuk mendalami ilmu usuluddin dan perbandingan agama..

Bila berada di perkampungan orang asli pada kali ini...membuatkan aku terfikir aku masih beruntung kerana Allah mengurniakan pelbagai kelebihan dan nikmat..Dan seharusnya nikmat ini dikongsi bersama-sama dengan orang yang kurang bernasib baik.Aku tidak boleh melihat seseorang ditindas dan meminta sesuatu dariku..Hati mudah terusik..Disini aku mencurahkan tenaga dan ilmu yang aku ada untuk membantu dalam usaha dakwah di perkampungan orang asli.Mereka masih belum tahu mengucap kalimah syahadah dan menyebut kalimah Allah lantaran kebanyakkan mereka baru sahaja memeluk agama islam..Perkara yang membuatkan aku tertarik dengan orang asli pastinya kanak-kanak.Sedari awal penyertaan ku dalam persatuan ini sehingga kini..Hatiku terikat pada kanak-kanak orang asli..mereka yang membakar semangatku untuk terus berjuang..Lagipun adik Saniah ai shiang juga menjadi pendorongku dan kekuatanku untuk terus mempertahankan agama ini..

Disini,api elektrik tiada.penduduk disini masih menggunakan pelita dan lilin sebagai bahan api untuk menerangi kegelapn malam..Makan mereka kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..Nasi susah untuk dibeli.Tiada lauk mewah sebagai hidangan harian seperti kita di bandar..Program kali ini aku lebih banyak menjadi pemerhati kerana aku otakku lebih ligat berfikir tentang hakikat kehidupan berbanding pada program sebelum ini aku lebih banyak memikirkan aktiviti dan penyusunan strategi program biro..

Masyarakat orang asli disini mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri..Masyrakat disini berketurunan kaum temiar..kebiasaannya masyarkat orang asli lebih mengikut lineage perempuan seperti mana kaum yahudi lebih mengikut keturunan perempuan..Kebiasaannya kaum orang asli sangat mementingkan ukhwah dan pertaliaan persaudaraan dikalangan mereka amat kuat.Jarang kita dapati situasi begini di bandar..Bagi mereka berat sama dipikul ringan sama dijinjing..disini aku amat mengagumi sifat perpaduan di kalangan masyarakat di kg segar..

Apa yang lebih menarik aku dapat mempelajari cara bekerja ABIM Outreach dibawah dato razak..Cara pendekatan yang digunakan olehnya memang menarik.Dalam berdakwah tiada apa yang mudah jika kita hendak berjaya.Tentangan amat banyak...
Harakahdaily Wed Feb 25, 09 12:56:45 pm MYT

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.


Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalogr aphy) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur..
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah," katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri.. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-
(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Selasa, 10 Mac 2009

tinta 10mac 2009

tinta 10 mac 2009

Minggu ini minggu yang penuh dengan assignment yang perlu disiapkan..Aku perlu ada kekuatan untuk melaksanakan semua amanah yang diberikan lecturer..Harap-harap aku akan mampu melaksanakannya dengan baik dalam keadaan sekarang..

Sudah 4 minggu aku mengalami tekanan perasaan dan kekeliruan..Sejak itu juga aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada study..Dalam seminggu pasti ada kelas yang aku tidak dapat hadir lantaran dari tekanan psikologi yang secara tidak langsung memberi kesan pada kesihatan..Aku masih terasa seolah-olah hanya berada dalam mimpi..tidak dapat menerima hakikat tentang perkara yang berlaku..Mungkin aku perlukan sedikit masa..Niat dan harapanku..aku tidak mahu menyusahkan orang..Aku hanya mahu menolong...Harap Allah akan memberikan daku kekuatan untuk menempuh dugaan ini..Lagipun peperiksaan final lagi 2minggu.decentralize exam..Aku perlu kuat menghadapi semua ini..Mujurlah adanya Al-Quran sebagai pengubat jiwa dikala aku benar-benar memerlukan penenang dan penghibur..Dikala sedang berduka kitab kesyangan berwarna hijau inilah yang selalu menemaniku semenjak kecil.Kitab inilah yang setia berada disampingku.Kitab kepunyaan makcik..pemberian darinya..Setiap hari aku akan memeluknya dengan penuh rasa kasih sayang..

Kini makcik kesayangku sedang bertarung melawan kanser tulangnya..Pembedahan dengan beratus jahitan telah selamat dijalankan di hospital ampang puteri..Moga Allah akan mempermudahkan urusannya.Moga Allah akan memberi kesembuhan padanya..Aku masih tidak ada kesempatan untuk menjaganya dan tidur dirumahnya.Sudah berkali-kali makcik mengajak aku tidur dirumahnya..InsyaAllah aku akan berusaha memenuhi permintaannya..Emm..buat masa sekarang aku sedang mencari maklumat tentang kanser tulang..

Hari ini aku merancang untuk keluar pada sabtu dan ahad ini..Dan insyaAllah aku akan bersama sahabatku akan pergi ke low yatt pada cuti hujung minggu ni.Sudah lama aku bercadang untuk pergi kesana untuk mencari kabel bagi menyambungkan kabel handset ke komputer dirumah dan di mahalah..Nombor digi D Campus,celcom dan U-mobile telah lamaku beli semata-mata untuk memasang internet..Emm..kalu ikutkan Digi linenya agak lembap berbanding U-mobile..Tapi aku akan lihat dulu capacity nya..

Oh yer..malam ini dan esok ada baking course..Hehe..aku nak join juga kelas ini.Cooking...one of my favourite activities..walupun..aku bukanlah seorang yang mahir dalam bidang masakan tapi minat tu ada.. i LOVE cooking...Emm..sebenarnya kalau nak diikutkan aku tak boleh nak sertai cooking course ini sebab berlambak asignment kena siapkan dan kena hantar minggu ni.Tapi minat punya pasal.Takpelah tutup mata sebelah sekejap.hehe...peace..

harapan untuk hari ini:

Aku harap..aku akn dapat lupakan tekanan dan rasa perit di hati..Moga keadaan akan bertambah baik..Dan aku harap aku tidak akan menyusahkan orang lain..Moga Allah akan memberikan dia kebaikan dan rahmat..Moga makcikku akan cepat2 sembuh..asslamualaikum